Tuesday, May 10, 2011

Darjat manusia ....

Marah, sedih, kecewa dan gembira.. segalanya berbaur...

Marah kerana orang yang terdekat dengan aku dihina, dimalukan dan 'mentally totured' dikhalayak ramai janji hati puas...tak perlu fikir perasaan orang lain..ada aku kesah..sedih.. kerana mengenangkan sikap sesetengah manusia yang merasakan dia besar dan bebas laku menghina orang lain sesedap rasa kecewa.. kerana setelah hampir seminggu.. baru cerita ini sampai ke pengetahuan aku...

hatta bila kita diatas memiliki wang,pengaruh dan pangkat bebas bertindak keatas hamba allah yang lemah...kerana dia bukan dari kalangan ahli keluarga mahupun orang yang membawa keuntungan pada dirinya..aku hanya manusia yang dipandang serong angkara fitnah...inilah yang kudapat bila menyatakan hak ku..mimik muka menyejek dan paling menyakitkan hati dan segalanya aku di persalahkan atas segala berlaku..

Setiap manusia diciptakan Allah teramat istimewa dengan caranya yang tersendiri
dan alangkah miskinnya jiwa kita kalau kita besar kepala dengan nikmat yang terlalu sedikit yang Allah beri..

Setiap manusia perlu bertanggungjawab di atas segala perbuatan mereka..
dan.. jangan ingat, kita boleh lepas tangan begitu sahaja...
tunggulah besok... suatu perhitungan perlu dilakukan....

aku akan sentiasa menadah tangan memohon pada yang Esa...kerana ia lebih mengetahui yang tersembunyi dan lagi yang nyata dan terang....