Tuesday, September 28, 2010

cikkk gigi ooooo

ayoooo gigi
kenapalah ko sakit sangat ne
sebabkan kolah aku mendodoi siang dan malam
sebabkan kolah senaman aku tergangu...senaman mulut
disebabkan kolah duit aku terbang rm 150...
maaf aku terpaksa membuang ko dari dalam mulut aku
sebab ko tidak dapat bagi kerjasama dengan aku..
dah berkali-kali aku memujuk mu..
tapi ko tetap degil...masih menibulkan masalah
ko tau tak sebab ko jugak aku kena sound teruslah
tolong...tolong...aku tengah menderita ne
aku bercadang nak biar kan ko tumbuh
terus sampai akhir hayat dalam mulut aku
tapi tidak menjadilah cik gigi oooiiii
aku sanggup gigi aku jadi rongak
sebab aku dah cukup terseksa dibuatnya
okey cik gigi...aku faham
tapi kerana aku menderita zahir dan batin
tak pasal-pasal gusi aku membengkak
rasanya muka aku dah macam buah tembikai besarnya
jadi....tolonglah cik gusi jangan meragam lagi
cukuplah sebelum ne cik gigi buat ragam
aku betol-betol terseksa macam nak demam...

Sunday, September 26, 2010

kebahagian milik siapa






"kebahagiaan ada untuk mereka yang tersakiti,
mereka yang telah dan tengah mencari dan
mereka yang telah mencoba.
kerana merekalah yang bisa menghargai betapa
pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan
mereka." - Khalil Gibran-

Saturday, September 25, 2010

aku dan tagisan



Aku menangis bukan kerana kegagalan,
Aku menangis kerana aku kurang berusaha.

Aku menangis bukan kerana aku miskin,
Aku menangis kerana aku tak mampu menyenangkan hidup keluargaku.

Aku menangis bukan kerana aku bodoh,
Aku menangis kerana aku tak mampu menjadi seperti insan yang lain.

Aku menangis bukan kerana aku tidak bahagia,
Aku menangis kerana aku takut saat itu akan tiba.

Aku menangis bukan kerana aku takut,
Aku menangis kerana aku khuatir aku tak mampu untuk bertahan.

Aku menangis bukan untuk diri aku,
Aku menangis untuk ibu aku, untuk bapa aku, untuk nenek aku.
Aku menangis kerana aku takut suatu hari nanti aku akan abaikan tanggungjawab aku dan melupakan mereka hanya untuk kesenangan hidup aku.

Thursday, September 23, 2010

rintahan insan lemah......



Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa
mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan
perkenan-Mu ya Allah hanya Engkaulah yang berhak
membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. Tetapi
jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at
untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul bersama
dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi
kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu....

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua
kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana
kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya.Istighfarlah,Istighfarlah...

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang
tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya,
atau yang jarang memperdulikan
dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka
siksanya didahulukan didunia ini.

Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...
apanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa
mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan
perkenan-Mu ya Allah hanya Engkaulah yang berhak
membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. Tetapi
jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at
untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul bersama
dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi
kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu....

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua
kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana
kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya.Istighfarlah,Istighfarlah...

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang

waktu suka dan waktu dibenci




bila waktu kita disuka...berbakul -bakul perasaan sayang,kasih dan cinta
waktu tu semuanye kelihatan baik dan sempurna walaupun ada kekurangannya..
rasanya tidak mahu berpisah...nak sentiasa bersama je
pujian melambung-lambung...
ertikata lain semuanya baik tidak ada cacat celanya dari mata kasar...

tapi bila dah benci...berbakul-bakul perasaan meluat,menyampah dan sakit hati pun ada
waktu itu semuanya tidak elok dan jahat dimata kasar mahupun mata halus
adakala nak pandang wajahnye pun x mahu..punyalah benci...
ertikata lain semuanya jahat terlalu banyak cacat celanya dan tidak ada kesempurnaan langsung...


INILAH SIKAP MANUSIA HARI INI...TERMASUKLAH AKU....TERMASUKLAH AKU

Wednesday, September 22, 2010

bajuku




malam ini aku rasa happy..
macam tak percaya pun ada..tapi kena percaya
dulu aku ada beli baju cantik sangat menurut pandangan mata akulah
tapi tak tawlah pandangan mata orang lain...
baju tu saiz kecil...aku sah-sah tidak muat...
tapi aku nak jugak beli...memang aku tahu aku tidak muat untuk memakainye
lepas beli aku sangkut jer dalam almari...
hanya mampu pandang dan telan airliur
tapi malam ini entah mana ati aku tergerak ingin mencuba...
tanpa ku duga baju itu longgar tersarung ditubuhku..
waaaahhhh macam tidak percaya..aku tidak penah mengimpikan akan dapat menyarung baju itu ditubuh ku kerana faktor saiznye...

Tuesday, September 21, 2010

TELEFON BIMBIT ADA KEISTIMEWAANNYE



Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2. KERETA TERKUNCI
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

Tuesday, September 7, 2010

Cuma 3 jer

dunia Ini Hanya 3 Hari :-

- Hari yang berlalu ( kelmarin) tiada lagi kesempatan di tanganmu dari hari yang telah berlalu.
- Hari esok yang mana harimu tidak dapat mengetahui samada kamu akan menemui ataupun tidak.
- Dan hari dimana waktu itu kamu berada di dalam. Oleh itu gunakanlah sebaik mungkin dengan perkara bermanfaat.

Dunia ini Juga 3 saat :-

- Saat yang telah berlalu.
- Saat yang kamu tidak akan tahu samada kamu akan menemuinya atau pun tidak.
- Saat yang mana kamu berada di dalamnya. Maka, pergunakanlah dengan sebaik mungkin kerana kamu tidak mungkin memilikinya kecuali satu saat sahaja, sebab mati itu dari satu saat ke saat yang lain.

Dunia ini juga 3 nafas :-

- Nafas yang telah berlalu di mana kamu telah menyelesaikan pekerjaan di dalamnya.
- Nafas yang kamu tidak akan dapat tahu samaada kamu akan menemuinya ataupun tidak.
- Nafas yang mana kamu berada di dalamnya. Sesungguhnya kamu tidak memiliki kecuali satu nafas saja dan tidak satu hari atau pun satu saat. Oleh itu hendaklah kamu cepat-cepat menggunakan nafas yang satu ini untuk taat kepada Allah S.W.T., sebelum hilangnya kesempatanmu dan bertaubatlah sebelum kamu mati. Moga, mudah-mudahan matimu itu berada dalam nafas yang kedua ini. Dan seutama amal adalah menjaga segala waktu semasa masih bernafas dan sesungguhnya orang yang mensia-siakan waktu bererti ia mensia-siakan umunya.

Friday, September 3, 2010

Bibir tersenyum hati menangis



Bibir yang mengukir senyum tapi hati menangis
Bait-bait kata luka pedih dihati tiada siapa tahu
Senyuman yang menangis tiada yang melihat

Senyumlah hati!
Sepi, hampa
Sampai bila?

Bibir yang tersenyum
Hati…
Kelam…kusam
Tiada siapa tahu
Tiada siapa dapat melihat

Di lorong yang paling dalam
Gelap…
Tiada sinar yang dapat menembusi
Titik-titik hitam
Melakar bibit-bibit duka…

Tiada penawar…

Surya…
Segeralah muncul…
Perlihatkan wujudmu…

Agar hati dapat tersenyum kembali…

ku sujud padamu.....oh tuhan........


Tuhanku,
ketika hati sedang menangis
hanya Engkau saja yang tahu
betapa merananya diriku
tak mungkin yang lain tahu....

Tuhanku,
ketika mereka meninggalkan aku
sendiri terkapai-kapai
ketika dunia tiada simpati
Kau tetap mendengar rintihanku
padaMu tempatku menagih kasih
ketenangan kurasa mendekatiMu
syahdu malam tak terasa sunyi..

Tuhanku,
ketika aku dalam kepayahan
keseorangan dihimpit beban derita
Kau beri aku kesabaran
pengalaman mengajar arti kematangan
lantas Kau membuka pintu hatiku
untuk memberi kemaafan
pada mereka yang pernah melukakanku..
pada mereka yang terus melukakanku...
dan pada mereka yang tersedar karna melukakan...

Tuhanku,
ketika aku buntu
keliru dengan masa depanku
kau berikan aku kekuatan
Kau tunjukkan aku jalan
peluang kedua yang sungguh bermakna
sebagai suluh hidupku
menebus usia yang sia-sia
mengganti semalam yang pergi
memperbaiki kelemahan diri
mempelajari pengajaran dari kesilapan
menimbus kekecewaan dan dendam

Moga tiada lagi aku
bercita-cita lemas di laut
atau terlanjur menelan berlebihan pil
sungguh pelik bunyinya tetapi benar
hanya Kau saja yang mengerti
hatiku tersiksa sekian lama
kini akhirnya bangkit semula
melupakan episode terakhir
dan menyambut lembaran baru...

Tuhanku Yang Maha Pengasih
rahmatMu tak terkira
syukurku melangit pun tak tercapai
sungguh aku rasa berdosa
karena dulu sering terlalai
semoga penyesalanku kau terima...