Monday, May 31, 2010

berduri


Ya Allah tak terucap dengan kata-kata

bertapa pedihnya,adakala aku hampir tewas

aku tidak sekuat tu untuk menghadapinya

terlalu menyakitkan tusukannya

aku hampir-hampir menemui jalan buntu

kewarasan akal hampir hilang

tapi titipan nasihat ibu sentiasa bermain minda

wajah ibu menjadi pendamai pergolakkan

dijiwa ini...Ya Allah ku rasakan terlalu sakit

sampai bila harus ku lalui ranjau berduri ini

aku hampir tidak betah menghadapinya

bukan niat ku untuk menyalahkan siapa2

@ menidak kan kehendakNya..

tapi kenapa mesti diriku ini

bukan orang lain...
aku akan teruskan jua aku pasrah

DI ATAS SEJADAH


Diri Mu ada
dalam setiap langkah manusia
janganlah penuh ragukan kuasaNya

Dalam kehidupan
manusia terkadang di cuba
manusia terkandang di duga
selalu kau dapat memohon kepadaNya

ALLAH tempat aku mengadu
ALLAH tempat aku bersujud
ALLAH tempat memohon rahmat
menerangi jalan hidupku

Andai kau sedar
dirimu ciptaan yang kuasa
mengapa sentiasa
menjauhi dariNya

ALLAH tempat aku mengadu
ALLAH tempat aku sujud
ALLAH tempat memohon rahmat
menerangi jalan hidup ku

Sunday, May 30, 2010

ketenangan




Alhamdulillah,

syukur ke hadrat Allah s.w.t.
kerana masih dipanjangkan usia,
peluang untuk meneruskan amal ibadah.
Kebelakangan ni, aku merasakan satu
yang sangat ketara.
Terasa seperti dihimpit pelbagai kesulitan dan kesukaran. Cabaran yang datang bertalu-talu
bagaikan tiada penghujungnya
ini sedikit sebanyak menguji keimanan dan kesabaran.
Hati ini mungkin telah lama tidak menemui makanannya, mungkin juga telah lama hitam dimamah dosa,
mungkin… dan bermacam kemungkinan.
Hasilnya tetap satu – tiada ketenangan jiwa.


Bagaimanakah amalanku?

Adakah diterima Allah atau tidak?

Adakah memberi kesan kepada jiwa yang luka lara ini?

Wednesday, May 26, 2010

ishhhh



aku sudah ketemui jawapan yang terbaik..akan ku jadikan panduan.....


HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengena! i kelebihan diam yang bermaksud:

* "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM ) * "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM ) * "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:

* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,kerana KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRA
orang CERDIK yang PENDIAM LEBIH BAIK DR orang BODOH yang BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG yang BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
* KALAU orang MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, yang SEBENARNYA orang ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap! kearah perkara2 yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.