Thursday, July 29, 2010

dimanakah kejujuran ini...........


Persoalannya kini adakah kita jujur? Jujur yang kita harus tanya diri kita ialah termasuk sama ada kita jujur terhadap diri kita sendiri atau tidak. Jika pada diri kita sendiri kita sudah tidak jujur maka apatah lagi pada persekitaran kita. Berlaku jujur kadangkala begitu rumit bagi kita. Sebenarnya ia tidaklah begitu rumit tetapi kita sebenarnya haruslah mengetepikan ego kita. Ego kitalah yang kadang-kadang membuatkan kita tidak berlaku jujur. Hidup ini penuh konflik, penuh krisis, penuh cerita, penuh drama. Penuh penipuan, penuh penafian. Jujur?? Tiada yang jujur dalam dunia ini. Semuanya dusta, jujur itu fairytales, cerita dongeng. Tak wujud, tak pernah benar.

Kau kata kau jujur, benarkah kau jujur? Dalam 1000 kata, ada 1 palsu. Jujurkah itu? Dalam 1000 kata, ada 1 jujur. Tetap Palsukan itu. Lain kata dimulut, lain kata dihati, lain kata diminda, lain kata dipinta, jujurkah namanya itu??

Kau kata, aku adalah aku. But do you actually know who are you?? Jujur pada diri sendiri, kenalkah kamu pada diri itu?? 100%? 50%? 10%? atau berapa??
Aku tidak. Aku penipu besar. Aku pelakon hebat dalam drama hidup aku. Plastik, penjahat, penyamun, penyangak, aku jugak yang selalu kecundang. Itu aku akui. Tapi adakah itu cukup untuk buat kita sebenarnya jujur pada diri sendiri?? Hurm..

Tuesday, July 27, 2010

belajor komputer


pagi ne aku jadi cikgu tak bertauliah
aku mencurahkan ilmu yang aku ada cikit
dekat seorang kakak ne...aku kesian melihatnya
aku tahu dia dalam dilema...
nak beli laptop untuk kegunaanya tidak mampu
mungkin masalah kewangan...
tapi tidak salah aku membantunya
jadi aku menawarkan perkhidmatan padanya
terpancar senyuman kegembibaraan di wajahnya
dengan penuh kesabaran aku mengajarnya
menyiapkan kerja khususnya...
aku ini tak lah berapa pandai sangat tapi sikit-sikit bolehlah
aku gembira sangat.....sebabnya
secara tidak langsung dapat mempelajari sesuatu
yang aku sendiri pun tak taw sebelum ini
kini secara tak langsung bertambahlah ilmu aku
bertambahlah pandai aku....he....he...

Friday, July 23, 2010

argh ....kepala ku sakit lagi...

agak berat untuk aku kongsikan secara umum tapi aku dah tak boleh nak tahan,semakin hari semakin sakit kepala aku menanggungnya haihhh....

"argh ....kepala ku sakit lagi


aku tidak tahu apa sebabnyar,selalu sangat sakit kepala...ne dah masuk 2 minggu,pandangan aku berpinar-pinar..jangan harap aku nak bagun dari katil kalau dah sakit kepala tahap tak boleh buka mata....

"pergilah klinik" jumpalah doktor"check....."haram aku nak dengar kalau macam itu...rupa aku ini nak pergi hospital?he...he...he... mungkin dah tahap nyawa-nyawa ikan baru pergi kot...
aku bukan takut nak jumpa doktor,tapi aku takut doktor tak tahan melayan kerenah aku waktu tengah sakit ini.....

huuuuuhhhhhh sakit betol,semua kerja tidak menjadi....

aku sakit kepala mungkin....aku lambat makan,time makan,aku tidak makan ,terasa macam angin naik atas kepala jer...sakitnya tidak terkata....sejak kebelakangan ne selera makan aku macam dah tak ada tapi tidak jugak kurus paling kecewa masih tak dapat pakai baju kebaya...
he....he....mungkin aku terlalu sibok menguruskan anak buah ku yang nakal dan comel yang sentiasa hendak perhatian ku.....tapi yang peliknyer sakit-sakit pun sempat update blog

so...tahan jelah sakit kepala ini.....

Thursday, July 22, 2010

sakit jiwa....




Secara jujur, aku tidak ada mood untuk menulis untuk minggu ini.
Ada banyak perkara berlaku dan banyak juga perkara yang
membuatkan perasaan bercampur baur.
Arghhh. Naik gila jugak dibuatnya. Tetapi apa yang aku mampu buat?
Benda dah berlaku. Terima sahajalah dengan hati yang gila nih..
Mahu ketawa tak boleh, mahu cakap pun serba salah.
Macam kene tikam dengan pisau rambo kat ulu hati,
tapi sakitnya merebak ke jantung dan otak.
Tiada apa lagi yang mampu aku lakukan melainkan
meneruskan kehidupan yang agak kejam ni.
Jadi, kepada sesiapa yang ada tulis mesej kat Yahoo Mesengger aku,
maaflah kalau aku malas jawab. Memang aku ada kat depan PC.
Tapi aku tak ada mood nak berborak panjang
melainkan perkara-perkara penting

Thursday, July 15, 2010

KeRana TeRluka


TErluka.....Akan Terus TErluka


Beratnya rasa hati nak melangkah pergi
Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan
Semoga dirimu berbahagia selalu
Tentang diriku ini
Terserah padaMu Tuhan menetukan...

Tak perlui kau bertanya ke mana ku pergi
Pandailah aku menjaga diriku ini
Sekali kumelangkah oh biarlah ku teruskan
Perjalanan ini walaupun sendirian
Hanya Tuhan yang tahu dukalara hidupku ini
Tak terkata, aduhai sayang...

Ku masih lagi teringat
Bicaramu yang terakhir
Pedihnya hinggamenikam kalbu
Bisanya...

Selamat tinggal sayangku
Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini

Kiranya tempias membasahai jendelamu
Itulah airmata yang jatuh di pipiku
Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu
Oh itulah rinduku yang menyebut namamu
Setelah sekian lama tak jumpa

Yahoooo....Hooooreeeee


hari ini dalam sejarahlah hidup aku
ada masa aku tersipu malu..ada masa macam tidak caya pun ada
macam dalam mimpi pulak...
hari ini je ada 3 orang hamba Allah yang memuji muja diriku
salah sorangnye kawan baik aku...x payah sebut nama bahaya ooo
lepas kena puji pe lagi...teroverlah cikit
aku tanya dia balik ne kes nak mengampu atau realiti..
pe pun terima kasih kepada mereka yang memuji mujaku
pujian kalian akan jadi kenangan abadi...
ooopp dah syok sendiri pulak dah...
ne kes masuk bakul angkat sendiri....
pe pun terima kasih atas pujian kalian...
aku gurau je taw....jangan gelar aku SS...

Terpaksa dalam Rela



pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan
tanpa pertemuan,tidak akan terjadi perpisahan
perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain
pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan
tetapi perpisahan tidak semestinye memutuskan
persahabatan
pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan
tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan
memori lalu......
kadang-kadang,pertemuan yang sebenar lebih memberi
makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan
namun,perpisahan dalam tempoh singkat
menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan....

Wednesday, July 14, 2010

CaSh dan TuNaI.......


Ini baru betol buku bertemu ruas...
maaf kalau tersalah...aku main hentam je...
kini aku aku percaya setiap perbuatan
Allah akan balas jua dalam waktu terdekat
atau pun waktu bila masa Dia kehendak
sekarang tidak perlu tunggu hari pembalasan
semuanya main cash dan tunai...
kredit dan hutang dah tak main lagi...
doa insan teraniya pasti dimakbulkan sedikit sebanyak
kali ini betul-betul muka biji mata aku
aku terpana dan terlopong cikit je..
macam tak percaya je....kenapa tak percaya ke (pinjam kata2 saiful apek)
pe yang dilakukan hamba Allah keatas diriku selama ini..
kini dirinya pulak diperlakukan lagi hebat oleh insan lain...
cuma yang membezakan situasi,jalan cerita ,waktu dan wataknya..
terdetik dihati kecil kini engkau rasakanlah pe yang aku rasa
pedih,sakit,perit dan macam-macam lagi perasaaan
bila diri diperlakukan sedemikian rupa...
engkau terlalu mengagung-agungkan diri mu
engkau lupa yang kita dibumi ini....selagi digelar manusia
kita tidak akan terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan
engkau juga lupa tidak ada seorang pun yang sempurna
dari segi budi perkerti,tuturkata mahupun tingakah laku..
tapi engkau selalu menafikan bahawa dengan egonya
mengaku dirimu sempurna tanpa secalit pun kekurangan
aku sering mengingatkan diriku bahawa aku masih memiliki kelemahan
dan aku tidak sempurna masih banyak kepincangan dalam diri ini..
kejadian yang aku saksikan buat aku berfikir kembali
sebagai manusia jangan suka menghukum orang lain atas kesilapannya

mak.....


masuk hari ini dah 2 minggu mak batuk tak berkurangan
semua jenis ubat yang di syorkan oleh jiran-jiaran aku beli
kali ini batuk mak lebih teruk..mukanya pucat
nampak keuzuranya...aku dah banyak kali bawak mak
pergi menerima rawatan tapi tak berhasil
doktor cuma cakap batuk biasa...
badan mak bertambah panas....aku rungsing bila melihat
keadaan mak yang lemah...
mak dah lama tak menjamah makanan
bila kusuap makanan pasti keluar balik...
airmataku pasti menitis setiap menguap makanan dalam mulut mak
mak sentiasa dan sedaya upaya mengagahkan dirinya
supaya nampak sihat....dia tak nak kelihat sakit didepanku
tapi aku tahu mak sakit....dari raut wajahnya aku dapat lihat..
malam tadi aku dikejutkan dengan batuk mak yang kuat dan tidak berhenti-henti
aku paksa mak pergi hospital...waktu itu badan mak dah terlalu lemah..
sepanjang perjalan ke hospital....bibir ku tak berhenti memohon dari Ilahi
agar mak tidak ape2...sampai dihospital mak dimasuk kan air
dalam badan dia kekurangan air...selepas terima rawatan
mak dibenarkan pulang...sampai dirumah dimasjid kedengaran
bilal mengaji...hati ku sayu sangat.....
aku baringkan mak di katil bilik ku..
sambil ku urut badan-badannya....
selesai solat subuh ku lihat mak lena tido....
mak...ne janji anakmu....aku rela berkorban demi mak
aku tidak sekali pun akan bersia-siakan hidupmu
akan ku jaga dan belaimu seperti mana mak
menjaga aku dengan penuh kasih sayang