Tuesday, August 31, 2010

kejahilan vs keampunan


hari ini aku berbuka puasa diluar bersama rakan2 sekolah
tu pun atas desakan mereka yang tidak putus asa memujuk ku
last2 aku setuju turut serta....biasalah kalau dah berkumpul
pastu lama pulak tidak berjumpa...macam -macam ceritalah
ada dikalangan rakan yang bawak anak dan pasangan masing-masing
sedang menunggu azan berkumandang...berlaku kekecohan salah faham
yang ati kecil ku sedih sangat hampir menitis kan air mata
seorang lelaki lewat 50an,memaki hamun isterinya...
terkeluar dibibirnya kata-kata kesat dan mencarut...
sumpah seranah semuanya dihamburkan jadi mainan dia jer
ya Allah kesiannya isterinya...malu tidak terkata..
tiba-tiba azan berkumandang menandakan azan untuk berbuka puasa
tiba-tiba lelaki itu mencarut dan sekali lagi kata-kata kesat keluar dari bibirnya
aku sedih sangat...kenapa sewaktu nama yang Maha Esa dilaungkan
kata-kata kesat menyambutnya...selera makan ku tertutup...
aku terfikir kenapa lelaki itu bersifat macam itu
dikala bulan yang penuh keberkatan ini....
ya Allah Engkau ampunkan lah dosa lelaki ini
Engkau bukakanlah pintu hatinya...
Engkau berikan lah Hidayah padanya....aminn

Friday, August 27, 2010

itu hak aku........



hari ini sampai di opis aku terlihat
hak milik kesayangan aku yang hilang
rupanya ianya tidak hilang tapi seorang kawan telah menggunakan
yang menjadi tanda tanya macam mana benda itu ada bersamanye
semasa aku meminta padanya kerana nak menggunakan
ianya beria-ia menafikan sudah memulangkan padaku...tapi sebenarnya tidak
aku malas nak panjangkan cerita kelak akan menimbulkan pergaduhan...
hati kecilku kuatmengatakan itu hak aku punya...
tapi bila aku lihat riak air mukanya.....tiadak ada sebarang riak pun
kini aku berserah kepada Allah...andai itu miliku dari rezeki halalku
agar allah mengerakan pintu hatinya untuk memulangkan kepada ku kembali

Wednesday, August 25, 2010

aku terjaga dari tido...ahhhh beratnya mata ini nak ku buka
ahhhh jam dah pukul 4.30 pagi....baik aku bagun buat pe yang patut
klau aku lelap kembali takut terus lelap...
ku lihat di skrin hp aku ada msj masuk....
ku baca butiran ayat-ayatnye.....macam- macam perasaan timbul
marah,geram,sedih dan macam-macam lagi....
tapi aku teringat pesan pencerah hari tu...bila timbul perasaan macam tu
dalam hati dan jiwa kita cepat2 beristifar...ya aku kembali tenang semua tidak macam mula2 aku terima sms td....selasai solat subuh hp ku berbunyai...
aku malas nak mengankat bila melihat nama pemiliknya...
untuk pe dia menghubungiku.....ditelinga ku masih terdengar cakapnye...
tuduhannye terlalu berat sangat...perbuatan tidak sepadan dengan umurnya...
boleh dipanggil mak...entahlah aku rasa pekak telingan dan diamkan diri adalah perbuatan yang paling baik agar tidak timbul salah sangka.

Tuesday, August 24, 2010

Doa Untuk Sahabat............

Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat .....

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu .....
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah

Monday, August 23, 2010





hari ne aku memulakan tugas aku kembali
telah kutanamkan azam dalam hati ini...
kursus yang ku hadiri betul-betul telah membuat aku terfikir kembali
yang aku terlalu banyak melakukan kesilapan dalam semua ne...
manusia mana yang tidak pernah terlepas dari silapnya
aku telah tanamkan azam untuk mengikis kealpaan diriku
aku tahu mustahil untuk berjaya berubah 100%
tapi aku percaya akan ada berjaya jua walaupun sedikit
tapi sayang mula aku membuat perubahan....
terdegar suara sumbing mengatakan aku buang tabiat dan giler per
tak perlah...ku anggap mereka belom menerima hidayah dari yang maha Esa..
aku tidak akan patah semangat dengan kata2 demikian...
yang pasti hidup kita bukan menongkah langit....
ku akan sentiasa berdoa agar diri ne dan kalian2 terus mendapat cahaya hidayahnya

Wednesday, August 18, 2010




pagi tadi selepas solat subuh
sekali lagi aku mengalami simtom yang sama macam minggu lepas
aku muntah cecair pekat berwarna merah memenuhi tapak tangan
ahh aku dapat rasakan keadaan kesihatan diriku kurang memuaskan
bila tengah hari jer pasti badan ku
mengigil kesejukan macam enjin..muka ku pasti berubah
mak kerap menegur perubahan didalam diriku...
pagi ne aku rasa tidak bermaya sangat.......
tapi aku gagahkan diri jua pergi kerja...aku tidak mahu mak risau
melihat aku terbaring lemah didalam bilik...
aku seboleh-bolehnya tidak mahu kelihatan sakit didepan mak...
aku tidak mahu mak risau...kerana mak berpenyakit...

Tuesday, August 17, 2010

RINTIHAN HATI SI KECIL

APA DOSA KU.....WAHAI IBU DAN AYAH...
LAYAKKAN KALIAN DI GELAR IBU DAN AYAH


KEHADIRAN AKU BUKAN DI PINTA...TAPI AKU MENJADI MANGSA ATAS KERAKUSAN NAFSU IBLISMU



KENAPA AKU DIPERLUKAN SEKEJAM INI.....KENAPA??



SUDAH MELAKUKAN DOSA...AKU YANG MENERIMA AKIBATNYA ADILKAH BUAT DIRI INI?????



ALLAH MASIH SAYANGKAN DIRI YANG TIDAK MENGERTI PE2...WALAUPUN AKU DIPERLAKU SEDEMIKIAN AKU MASIH BERHAK UNTUK BERNAFAS.....



YA ALLAH....SAKIIITNYAAAAA



TUBUH DIRUKU DIBERSIHKAN DARI KOTORAN...TAPI HATIKU SEBERSIH KAIN PUTIH...




DIRIKU DIRAWAT DARI SEGI FIZIKALNYA TAPI HATI DAN PERASAAN AKU MAMPUKAH DIRAWAT




TERIMA KASIH..PADA INSAN YANG MASIH MEMILIKI HATI YANG MURNI
MENYELAMATKAN AKU DAN MEMBERI PELUANG UNTUK AKU MENGHIRUP UDAYA DIMUKA BUMI MILIK ALLAH SWT

PERJALANAN HIDUP......




Hidup ini adalah sebuah perjalanan. Perjalanan antara dua alam. Dari alam roh, ke alam manusia, kembali ke alam yang baqa'.. Antara perjalanan ini, ada berbagai onak dan duri yang harus ditempuhi sebelum tiba ke destinasinya. Destinasi kamu bukan di sini, wahai diri.. Destinasi kamu masih jauh lagi beronak dan berliku.. Destinasi kamu adalah destinasi yang memerlukan kamu kuat semangat, dan ketabahan, untuk kamu berjaya menuju ke destinasi kamu..
Dalam tanpa sedar, rupanya setiap apa yang dilalui ada Allah di mana-mana. Allah di sana, Allah di sini. Semuanya dari Allah. Allah dah turunkan kitab buat kita sebagai panduan untuk kita melalui hidup ini. Walau kita tidak nampak Dia, namun Dia sentiasa mengawasi kita. Dia sentiasa dekat dengan kita. Dia sentiasa membuka pintu untuk kita apabila kita mengetuk pintuNya.. Di kala kita sedih, Dia sebenarnya turut sama merasakan kesedihan kita.. Dia nak kita kuat bila kita bersedih. Dia nak bagi hikmah dan ilmu dari ujian yang membuatkan kita bersedih tu. Dia ada, Dia sentiasa mendengar luahan hati kita. Dia sentiasa melihat kita, Dia sentiasa merenung kita. Cuma kita tidak nampak Dia.. tapi hati yang ikhlas dan bersih akan dapat merasakan kehadiran Dia dalam hidup kita.
Allah.. walaupun hidup aku penuh dengan kesedihan, penuh dengan masalah, penuh dengan liku, penuh dengan caca merba..juga penuh dengan kebahagiaan dari keluarga tercinta.. namun aku tahu Kau tetap berada di samping aku.. Memberi hidayah dan petunjuk buat aku menempuhi hidup yang sementara ini. Takda satu pun yang kekal bersamaku, melainkan hanya Engkau ya Allah, Tuhan yang kekal..

Setiap kali aku bersedih, Kau berikan aku sifat pelupa untuk aku lupakan kesedihan aku..

Setiap kali aku bermuram durja, Kau hantarkan hambaMu yang ikhlas untuk aku senyum semula..

Setiap kali aku hilang punca untuk menyelesaikan masalahku,Kau berikan aku tikar sejadah untuk aku bersolat dan meluahkan segalanya padaMu..

Setiap kali aku marah, Kau berikan aku hidayah dan peringatan bahawa marah itu datangnya dari musuhMu dan juga musuhku supaya aku bersabar..

Setiap kali aku hampir berputus asa, Kau berikan aku ruang untuk aku memikirkan jalan terbaik dalam hidupku..

Setiap kali aku gembira, Kau berikan aku peringatan bahawa itu semua adalah nikmat kurniaanMu..

Setiap kali aku dalam kejayaan, Kau membuatkan aku sedar bahawa kejayaan itu adalah pinjamanMu semata-mata, supaya aku tidak mudah lupa diri..

Setiap kali tiada siapa-siapa di sisi ku dan aku kesunyian, Kau hadir menemani aku..bahawasanya aku tidak pernah bersendiri..

Ya Allah, ya Tuhanku..Engkau Maha Pengasih..lagi Maha penyayang..

Letih puasa...he..he...he...::

Kah kah kah....



dh nak buka ni.....nape x de org dtg campak daging




cam ne nak buka ,dah x larat nak panjat



penat aku panjat Sampai atas x ade pucuk daun lak....nak turun dah x larat



jangan kacau Aku, aku sedang berzikir....bulan puasa beb
cari pahala lebih.....



hai sampai terlelap...maklumlah x sahur....



sini pun jadi lah nak membuta.....



aduh x larat nak jawab call....aku dah x larat nk layan ko asyik membebel je




sahur td minum susu jer....



tempat ne lah paling sedap utk tidur..



bersantai abis....18sxxx





lapo la.....mane ikan
agak ikan pun puasa jugak ker




x larat dah nak angkat badan
ape lg nak bawak ekor aku....berat….




u puasa...i pn puasa gak...




peh....sedapnya tido.....bukan mase rehat ne...x pe 5 minit jer




x ingat dunia tido....

Friday, August 13, 2010

Cara Jalan Perempuan melambangkan Keperibadian




*Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

*Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

*Jika berjalan suka menunduk
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

*Jika berjalan menatap lurus ke depan
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

*Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

*Jika berjalan badan tampak tegak
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

*Jika berjalan seperti zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki badannya, ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Semoga tips yang aku bagi ni boleh membantu korang yang mencari awek2 di luar sana. Hahahah. Adios!!

rahsia wanita & perempuan



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.


23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...


30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

6 Jenis Wanita Yang Mudah diTipu Lelaki




1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.

Dah sayang la katakan… jadi apa sahaja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah seratus peratus. Bukan maksud saya percaya separuh-separuh atau percaya pasangan jangan sampai 100%, tetapi maksud saya mudah percaya yang membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras adalah amat tidak wajar.

2. Wanita yang “terdesak” untuk berkahwin.

Umur yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, melihat wanita yang berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat umurnya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.


3. Wanita “sosial”.

Ini bukan sosial dari segi terlibat dengan Mercy Malaysia ke, persatuan wanita di kawasan anda ke, atau perkara yang seumpamanyalah.

Sosial dalam hal ini ialah suka kepada “night life”, disko, berparti, “clubbing”, pergaulan bebas tanpa had dan hidup dengan falsafah “life is short, so have fun!”, atau “masa muda ni la nak rasa macam-macam..”. Fahamkan maksud saya?

4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu.

Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah berjela-jela dari universiti terkenal. Bukan itu sahaja. Kalau itu yang dijadikan ukuran wanita berilmu, kenapa masih terlalu ramai wanita yang ditipu, dihina, dipermainkan, dan sebagainyalah oleh lelaki yang berbahaya?

Wednesday, August 11, 2010

bank negara

pagi-pagi aku dah menerima 5 panggilan telefon
semuanya mempunyai hajat yang sama....
waaaduuuhhh bukan aku tak nak membantu
tetapi aku pun nyawa-nyawa ikan...
nak bernafas kebawah tak boleh keatas pun tak boleh
mereka merayu-rayu merintih memohon pertolongan
mereka beranggapan aku anak dara tidak memerlukan
perbelanjaan duit yang banyak....
mesti gaji ku besar kerana kerja kerajaan
duduk dengan ibubapa...
tempat kerja dekat hanya sekangkang kera sahaja
aku hanya mampu tersenyum sumbing...
mereka tidak tahu kepala aku macam nak pecah
memikirkan untuk menampung masalah...
aku pun banyak tanggungan...tak akan aku nak tulis laporan
pe yang aku buat dengan duit gaji ku.....
ahhhh paling menyakitkan telingan ada yang menyatakan aku kedekut..
dapat duit hasil haram....
masyaallah terpulanglah pada tanggapan insan yang
melemparkan tuduhan sedemikian rupa pada diri ini..
bagiku cukuplah duit gaji yang kuterima untuk
ku gunakan membeli keperluaan keluarga ku.....
ramai pertikaikan dan beranggapan aku BODOH
sebab itu bukan tanggungjawab ku....
tapi aku ikhlas dan gembiara melakukannyer

Tuesday, August 10, 2010

Tips Kejutkan orang bersahur



Puasa pun nak dekat, tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial sekali. Dibawah ni ada2 tips menarik untuk dicuba:-)

TIPS 1

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..
1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond

TIPS 2
Tapi kalau masih tak berkesan

1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit

TIPS 3
tapi kalau masih tak berkesan gak

1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!

TIPS 4

tapi kalau masih tak berkesan gak...ni je la cara terakhir
1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan..., kerana tuhan lebih menyayanginya