Wednesday, December 29, 2010

Antara kasih sayang dan rasa hormat



Bukan senang untuk memilih yang paling utama. Walaupun hati telah berkata si dialah insan yang ku saying , tapi naluriku berkata bahawa dia juga perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. Aduh, pening kepalaku. Kedua - dua insan ini cukup berharga buatku. Padaku mereka sahajalah yang paling aku sayang sekali. Tapi bagaimana pula kalau mereka berdua tidak sehaluan, dan bagaimana caranya untuk aku mendekatkan jurang yang luas antara mereka?
Redup wajahmu ibu yang adakalanya tersenyum dengan keletahku sungguh tak kulupa biar diriku jsentiasa dimatamu. Walaupun aku kini sudah dewasa bisa membuat pilihan dan keputusan sendiri. Aku masih merindui jelingan manja dan gelak tawamu.
Namun setelah aku hampir menjadi hak kepada seorang lelaki yang bergelar suami, tiada lagi gelak tawamu. Jikalau ada sekalipun, tidak sekerap dulu. Antara aku dan ibu sebelum aku kami terlalu akrab. Kata abang sulungku. Aku dan ibu bagaikan watak 'Gilmore girl'. Sentiasa ceria dan bahagia.
Namun apakan daya,. Aku tidak sama sekali menyalahi sesiapa pun kerana aku faham akan naluri hatinya. Dan aku juga tidak menyalahkan ibuku kerana sikapnya tentu akan berubah setelah usianya bertambah. Dan tahap sensitifnya tentu akan bertambah.
Aku sebagai orang tengah cuba menyelindungkan yang kurang enak didengar dan menghebahkan perkara yang baik - baik sahaja pada mereka. Terasa diri ini masih belum cukup kuat untuk mengharungi dugaan ini. Ditengah malam yang sepi. Aku bangun untuk menemui-Nya. Aku mengadu mengenai masalah yang dihadapi. Ternyata Dia mendengar rintihanku. Syukur Alhamdulillah, sehingga kini aku masih mampu tersenyum walaupun bertimpa - timpa masalah melanda. Kerana aku tahu, tidak akan bernama manusia jika tidak dibebani masalah.

ADOYAIIIII

Adoyaii dah nak hujung bulan nie mula la nak kena budget² ape yang patut..ape pun nak kena fikir hal² hujung bulan nie.. Tapi bila dah dah besar² dan berkerja nie kita kena pikul tanggungjawab² la ne lah nak belajar hidup berdikari.. Esok² dah kawen n ada rumah sendiri takkan nak suruh mak ayah atur belanjawan lagi iyea tidak..

Cam biasa setiap hujung bulan mula la aku wat kira² n standby duit² yang bakal berterbangan.. Huhuhu.. Kalau la dalam dunia nie semua benda free kan best.. Apa kata dalam sebulan tue tak yah susah² bayar bil air, bil elektrik,dan bil maxis broadband.. Mesti best tak terkatakan so dengan duit² tue boleh la aku menabung ( kat pasar raya aik heng atau pasar raya saying sg besar).. Tapi apakan daya aku bukan sesape so nak tak nak ko bayar sekarang.. Adoyaii pening aku nak catu kewangan nie.. Takpe la belajar la uruskan kewangan esok² aku gak yang senang coz dah ada pengalaman iyea idak.. Kalau tak nak bayor bil beratus-ratus so sila la berjimat cermat yea... Jimat cermatkan amalan mulia.. Wahh tetibe jerk.. Hee~

Tuesday, December 7, 2010

KELEMAHAN DIRI......




JANGAN MEMBURUK-BURUKAN ORANG LAIN UNTUK MENUTUP KESALAHAN DIRI SENDIRI


Mahasuci Allah yang selalu menutupi aib/kelemahan kita setiap saat.
Seandainya Allah berkehendak memperlihatkannya maka hancurlah semua
kemuliaan kita. Kita dimuliakan dan dihargai orang lain bukan karena kita
tergolong hamba yang mulia. Orang lain menghargai kita karena Allah
menampakkan yang baik dan menutupi kelemahan-kelemahan kita.

Kita sebaiknya selalu bersyukur atas karunia ini dan mempertahankannya
sepanjang hidup. Tetapi kebanyakan kita lebih suka menghianatinya.

Latihan penting yang sebaiknya selalu kita lakukan adalah dengan menahan
diri ketika melihat kelemahan orang lain. Menahan diri untuk tidak
berkomentar dan tidak menceritakannya kepada orang lain.

Sebagian dari kita tidak tahan dengan latihan ini. Kita terdorong untuk
mengomentari dan menceritakan aib orang lain. Bahkan ada sebagian orang yang
menjadi puas dengan melakukannya. Terkadang kita merasa menjadi lebih mulia
dengan cerita itu karena merasa diri kita lebih baik. Atau terkadang kita
tertipu dengan menganggap bahwa kita bisa menjadi lebih mulia dengan
menjatuhkan orang lain (na’udzubillah).

Padahal yang terjadi adalah sebaliknya. Ketika aib orang lain kita buka maka
bersamaan dengan itu terbukalah aib-aib kita. Kita terkadang lupa bahwa apa
yang kita katakan kepada orang lain adalah mencerminkan isi diri kita. Jika
kita berkata kebaikan dengan penuh kejujuran, maka itulah diri kita.
Sebaliknya jika membeberkan aib orang lain maka kejelekan jugalah isi diri
kita.

Jika kita menginginkan kemuliaan maka latihan yang perlu kita lakukan adalah
berusaha “menutupi kelemahan orang lain”. Cukup kita saja yang tahu aib itu
dan sebaiknya kita tidak mengubah sikap kepadanya. Islam mengajarkan, jika
kita menutupi kelemahan saudara kita, maka Allah akan menutupi kelemahan
kita.

Ini latihan yang sangat penting dan sangat berat tetapi bukan sesuatu yang
mustahil untuk dicapai. Sikap ridho/penerimaan yang ikhlas atas kelemahan
orang lain adalah satu kemuliaan. Rasulullah SAW yang mulia, dikelilingi
orang para sahabat dengan segala kelebihan dan kelemahannya. Dengan
penerimaan dan pembinaan yang sangat baik maka para sahabat menjadi
orang-orang yang mulia. Mereka mulia di hadapan manusia karena terbukti
menjadi pemimpin-pemimpin yang terpercaya. Mereka juga punya kedudukan di
hadapan Allah karena mereka adalah hamba-hamba yang taat.

Saudaraku,
Jika kita menceritakan aib orang lain maka ada (paling tidak) dua kerugian
yang kita peroleh. Pertama, hubungan kita dengan orang yang kita anggap
punya kelemahan menjadi retak. Kedua, hubungan kita dengan orang yang kita
ajak bicara menjadi kurang baik. Mengapa? Ya, tentu saja orang yang kita
ajak bicara menjadi takut. Mereka akan berpikir, jika suatu saat kita tahu
kelemahan beliau maka kita akan menceritakannya kepada orang lain. Duh …
betapa ruginya orang yang kehilangan saudara!

Wahai saudaraku,
Marilah kita bersama-sama berlatih sekuat tenaga, menahan diri untuk tidak
menceritakan kelemahan orang lain

Sunday, December 5, 2010

mr nyamuk....geramnya



Almaklumlah, rumah aku bukannya dipasang penghawa dingin. Pakai kipas, tidak cukup 'budget'.
Sebenarnya, sekarang ini sudah pukul 2.45 pagi, tapi aku masih belum dapat tidur-tidur lagi.Nyamuk satu hal, asyik nak menghirup darah aku jer …..terpaksa lah bagun pasang ubat nyamuk pedih badan2 aku kena gigit..bengkak oooo..bau asap racun nyamuk pula membuat aku bertambah 'stress'.Lalu aku carilah maklumat berkaitan asap racun nyamuk di Google. Alamak....bahaya juga.



Satu lingkaran kebiasaannya boleh bertahan 8 jam.Kalau begitu, bukan nyamuk sahaja yang mati, kita pun boleh mati. Boleh kena barah dan penyakit bronkitis.Ini bunuh nyamuk kah bunuh diri?kini aku pun sudah mabuk nyamuk…dimataku hanya nyamuk yang kenyang...rasanya tangan ne dah macam nak pecah asyik menepuk nyamuk dan kerap bermandikan daraha menamparnya

Thursday, December 2, 2010

dateline

malam ini aku bersembang dengan kawan chat
lama x sembang chat dengan dia...
banyak cerita kami berkongsi...bertukar-tukar cerita
sedang syok bercerita..terdengar butir bicara yang membuat
aku terkedu dan terdiam...adakah aku tersalah dengar
atau dia bergurau dengan aku...
"sekurang-kuranya allah dah bagi dateline kepada aku"
aku tidak faham maksud ayat tu
last dia bagi taw dia menghidapi penyakit "KANSER"
kanser tahap akhir...aku terkedu tak taw nak cakap pe
aku hanya mampu bagi kata2 semangat..aku pun tidak dapat bayangkan perasaan aku andai tempat dia...pasti orang boleh cakap redha...tapi semudah tu ke???
macam percaya dengan tidak percaya
puncanya kesan radio aktif.....
sebelum kami mengakhiri chat dengan sebak berkali2 dia memohon maaf
dia kuatir tidak dapat bertemu dengan diriku...

Saturday, November 27, 2010

BENARKAH KITA MUDAH LUPA




Benar,..benar kata orang, kita ,manusia yang mudah lupa..lupa akan asal usul kita, lupa akan pencipta kita..dan kerana kealpaan inilah yang membuatkan 'aku' terutamanya..sering melakukan dosa..tidak kiralah dosa kecil mahupun dosa besar..O' Allah..aku tidak mahu duniaku begini..tanpa kerahmatanMu, keberkatanMu, dan kasih sayangMu, siapalah aku di sampingMu...aku hanyalah hambaMu yang kerdil, hina dan bodoh. KeredhaanMu..sangatku butuhkan..aku mohon Ya Rab!!
Seringkali aku memohon keampunan dan petunjukMu supaya aku..kembali ke jalan yang diperintahkanMu..namun aku, hanya berbuat demikian hanya ketika aku mengingatiMu, menginsafi kekuasaanMu. Aku lupa bila ajalku..aku lupa bahawa Allah berkuasa mematikan jasadku anytime..aku melakukan kesalahan demi kesalahan sehingga merasakan aku, bukan diriku lagi..aku HIPOKRIT!! Hatiku selalu ingin melakukan sesuatu yang menguntungkanku di akhirat... namun aku, bukannya mahu berusaha meninggalkan semua sikap burukku, malah bersikap sambil lewa dan tidak sedar kehidupan dunia sementara cuma..adakalanya aku bertaubat dan berazam meninggalkan segala kesalahanku..tapi apa yang berlaku bukan seperti yang aku azamkan, aku sering alpa bila nafsu menodaiku..aku sendiri KELIRU!!..keliru dengan hidupku..keliru dengan pendirianku!!

Friday, November 26, 2010

KADANG KALA

KADANG KALA



Kadang kala
ketika kita menangis
tiada orang nampak tangisan kita




Kadang kala
ketika kita sedang menderita dan jatuh tersungkur
tiada orang nampak derita kita




Kadang kala
ketika kita risau
tiada orang nampak kerisauan kita





dang kala
ketika kita gembira
tiada orang nampak kegembiraan kita




tapi kalau KENTUT!! Sekali je cukup....

Tuesday, November 23, 2010



KENAPA aku merasa berkecil hati kepada seseorang? Aku dilahir sebagai manusia normal seharusnya punya rasa ini. Bukan namanya manusia kalau tidak pernah berkecil hati.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula yang aku yang bergelar status manusia. Makhluk yang dilimpahi dengan berencam rasa dan emosi. Antara rakan dan taulan, saudara-mara atau pun adik-beradik sudah tentunya lagi. Pokoknya di sini, mengapa mesti berkecil hati?
Jelasnya, tidak semua manusia mudah untuk berkecil hati. Ada orang begitu selamba sahaja walaupun ditimpa pelbagai cemuhan dan perkara yang menyakitkan hati.
Ada pula yang baru sahaja tidak diberikan perhatian, baru sahaja dipinggirkan oleh rakan sudah memuncungkan mulut sedepa, berkecil hati tidak sudah-sudah. Ya, mengkaji sejauh mana tahap perasaan manusia normal untuk berkecil hati ini memang menarik, walaupun kekadang itu terlalu sukar untuk ditafsirkan.
Ku pujuk hati ne, anggaplah bahawa setiap yang berlaku itu sekadar mainan hidup. Kalau susah sangat pun hendak menerimanya, anggap sahaja itu datangnya dari Allah. Bukankah Dia yang empunya alam ini. Kita cuma peminjamnya sahaja. Mengapa hendak cuba membentak setiap aturanNya?

si pemalas



Di sekolah, di tempat kerja, atau dalam mana-mana gerakan organisasi sekalipun, kita pasti menghadapi orang begini, Si Pemalas (kalau boleh kugelar begitu, agak kasar juga). Bagiku orang begini bukanlah berlaku jahat ataupun nakal. Mari kita pandang diri mereka ini dari sisi yang satu lagi, iaitu sisi putih. Semangat tidak berikan kerjasama dalam pasukan rupanya adalah datang dari sumber yang hebat, dijadikan oleh Sang Pencipta kepada dirinya yang unik.
Memang ada jenis insan yang cepat bosan dengan dan sukar fokus pada satu titik perhatian. Mereka juga suka menonjolkan diri dan berbicara, dan berpendapat dirinya memiliki kelebihan. Orang begini biasanya banyak bicara kerana ingin menutup kelemahan dirinya agar tidak kelihatan dikhlayak ramai agar kelihatan sempurna….Persoalannya sekarang, manusia yang suka bersendirian dan tidak serius dalam sesebuah pasukan, tidak layak hidup di dunia ini. Kerana sudah menjadi fitrah, Hawa diciptakan demi hidup berpasu kan dengan Adam. Mana mungkin di zaman batu dulu, manusia dapat hidup keseorangan di tengah-tengah hutan. Pasti akan dibaham hidupan buas. Begitu juga hidup di zaman ini.

Friday, November 19, 2010

manusia ari ini....



Dimanakah nilai kemanusiaan yang baik berada pada masa ini?. Di mana silapnya?

Manusia “Bijak” dan “Rasa Diri Bijak”ramai manusia arus terkini yang mementingkan diri sendiri. Semua memperjuangkan agenda sendiri yang cenderung ke arah negatif. Mereka melupakan nilai-nilai mulia yang ada demi sebuah perjuangan yang jelas menguntungkan diri sendiri.yang penting kepuasaan diri diperolehi demi menutupi kelemahan diri.

“Aku” dan “Bukan Aku”Manusia kebanyakannya bersikap ke’aku’an. sikap manusia yang mudah melenting, menuding jari, pentingkan diri sendiri, tidak bertanggungjawab, malas, saling menuduh, suka melaknat dan pelbagai sikap, perangai dan perawakan lagi!
Acap kali kedegaran butir bicara yang dilontarkan “ini bukan kerja aku, buat apa kau kisah”, ini “kesilapan dan kesalahan orang lain, bukan tanggungjawab aku!”, buat apa kerja lebih-lebih, bukan dapat hasil pun!”

“Niat”Masyarakat lebih cenderung sikap dengki, melaknat, menyumpah dan lain-lain. Nilai-nilai mendoakan kesejahteraan orang lain, keluarga, sahabat handai dan lain-lain telah hilang secara perlahan-lahan dan akan terhapus dek zaman. Niat setiap insan juga telah banayak beruhah, tidak betul atau tidak menyenangkan…

Wednesday, November 17, 2010

keliru!!!!




Keliru!!!!itu yang aku tahu...aku masih mencari dan akan terus mencari siapa diri aku dan apa yang aku mahu...dan apa yang terbaik untuk aku...hidup aku penuh dengan dugaan dan berdamping pendusta dan 1001 wajah yang bertopeng …yang hadir tanpa ku undang dan pergi tanpa ku suruh …satu hari nanti,akan aku tinggalkan segala memori yang aku cipta dari ilusi...memori yang tak pernah dan tak akan pernah menjadi realiti...satu hari nanti...PASTI!!!!!tapi kata hati aku selalu cuba menyembunyikannya...aku tidak lagi bisa menahan gelodak jiwa...yang membara dengan dutsa dan dosa....aku masih mencari siapa diriku...aku keliru...keliru dengan diriku...keliru dengan sikapku...dengan caraku...dan aku keliru dengan hatiku...siapakah aku????Kegelisahan menyerang jiwa...kekacauan mengganggu hati...kekonfiusan muncul di dasar otak kelabu ku ini...semua kacau bilau...menanti ketenangan hadir mendamaikan peperangan jiwa dan emosi...realiti dan fantasi...mencorak kembali siapa aku sebenar……pencarian akan terus berlanjutan hingga aku temui diri dan identiti aku yang hakiki…. Ya Allah bantulah hamba mu ini…

Si gemuk jatuh macam nangka busuk





ADUUUUHHHH SAKITTTNYA!!!!!
jatuh terduduk masa mop lantai
nasib la tak mengandung.. kalau tak, dah admitted dah ptg ni nk branak.. hahah
tapi bergegarlah jugak urat dan isi dalam perot ini
biasalah kalau hari raya
ramai kulaan datang kerumah
waktu macam ne lah sesi berborak dam makan 2 selagi muat sumbat
pastu pe lagi tak kering lubunglah….kah..kahh
tapi seronok sangat suasana macam ini…
selesai semua kulaan balik…
aku memulakan sesi mengemasa.membasuh pinggan
last pe lagi mop lantai lah
kalau tidak mop rumah berbau kurang enak
lantai berminyak dan hitam….
Tidak selesa nak memijaknya…
Bukan cerewet atau nak tunjuk rajin tapi dah kena bebal
Nak tak nak kena lah jugak buat
seminggu mesti 2x mop.. [dulu la masa rajin]
skrg ni seminggu sekali jek.. mls jah nk layan
asyik nak mengemop jek
semasa mengemop .
entah berangan apa.. kuar2 bilik air, pas perah mop
baru sekali hala.. aku jatuh terduduk
tp tgn aku sempat tahan..
da la badan besor.. sengal la jugak lengan neh..
pas tu ok la.. aku sambung lg mgelap..
kat bilik pun sama.. nasib sempat paut pintu... cisss
napa ntah.. tak penah umur aku jatuh masa lap lantai
bkan licin sgt pun..
alahai.. ni sakit plak tgn aku...
jgn bengkak da ar... aduuuhaiiih
jatuh tidak sakit sangat tp sakit lagi
ada yang menyindir cakap
“sebab aku tidak ikhlas mengemop lah aku jatuh”

OOOOO JIWA INI





JIWA OH JIWA

.penat.sedih.kecewa.bosan.
.tiada motivasi.
.malas.menyesal.
.letih.marah.
.sesal.keliru.
.nangis.air mata.
.rindu.sebak.
.sunyi.sepi.sendiri.
.mau nangis dan nangis.
.lepaskan kesedihan.
.tiada mampu.
.menanggung bebanan.



TUHAN, TOLONG BERI AKU KEKUATAN.
.TUHAN, BANTU AKU DAN
KEHIDUPAN.

Saturday, November 6, 2010

nafsu



malam ne aku tidak dapat melelapkan mata...
puas aku bersoal jawab didalam hati..
kenapa dia berani sangat??
dia tidak fikir ke masa depan???
kenapa dia sanggup menyerahkan kehormatan dia
kenapa dia merelakan semua ne berlaku??
aku tidak menemui jawapannya
jawapannya ada pada dirinya
waktu aku menonton tv
pintu rumah aku diketuk dan terdegar orang beri salam
ku lihat wajah lelaki yang ku kenali
nafasnya turun naik tidak teratur
mereka mencerita keadaan sebenar..
ku terkejut mendengar cerita mereka
"BERANNINYA TIDAK PADAN DENGAN UMUR"
aku mengeleng-gelengkana kepala
mendengar cerita itu...terdetik di hatiku
kenapa dengan manusia hari ini
perperangai menyerupai haiwan
tiada sifat malu dan takutkan yang maha Esa..
aku bergegas pergi ke tempat yg dimaksudkan
tempat berhampiran dengan tempat aku mencari rezeki
bila aku sampai ditempat tersebut
ku melihat wajah budak perempuan dan lelaki tersebut
tiada secalit pun perasaan malu dan bersalah
Ya Allah kalian telah tewas dengan nafsu dan godaan syaitan
menurut sumber tertentu bdk ini dah kerap masuk penjara
ne baru jer keluar dari penjara atas kesalahan lain
sedih ku lihat wajah2 mereka
pe yang akan berlaku bila mereka dewasa kelak
aku hanya berdoa agar Allah beri mereka taufik dan hidayah
bukan ati mereka utuk berubah selagi belum terlambat....,

Sunday, October 31, 2010

indahnya kemaafan TIADA NILAINYA




aku kerap bertanya kenapa aku kerap jadi mangsa
mangsa kepalsuan butir bicara insan yang ingin
menutupi kelemahan diri...aku ada kala menangisi
menjadi buntu segala yang berlaku....makin ku cari jawapan
makin ku cari kebenaran semakin sakit...sakit sangat...
aku mengambil keputusan mendiamkan diri untuk
memberi lalu kepada fikiran dan hatiku berehat seketika...
untuk mendapatkan kekuatan yang hampir hilang
panggilan telefon dari seorang kenalan alam mayaku
buat aku terfikir tentang kebenaran but...tapi butir bicaranya
"kenapa aku tidak mengubat diriku"
"kenapa biarkan diriku terus kesakitan dan terseksa"
aku kehairanan dan menjawab nak ubat pe???
aku tidak sakit...aku sihat...
tapi dia menyatakan aku sakit...tap dari bukan sakit
dari segi zahir tapi sakit dari segi jiwa raga dan mental..
ubatnya ada didalam diriku....

"KEMAAFAN"
dia memuruh aku mencuba dalam seminggu
tapi mulanya macam tidak percaya
tapi alhamdulilah selepas seminggu aku sudah
dapat merasai keiindahan dan kemanisan ubat itu..
terima kasih teman.....


KEMAAFAN

Berilah kemaafan itu
Lepaskan segala belenggu
Tanpa berpaling lagi
Pada dendam dan amarah diri
Berilah senyuman itu
Ikatkan dengan doa yang suci
Pada salam yang terhulur
Pasti jiwamu kan terhibur
Berilah hati itu
Bebaskan segala yang terbuku
Tanpa diguris duka
Pastikan dia bahagia
Berilah apa yang dipinta
Dengan apa yang kau ada
Pasti Tuhan menilainya
Diberi kelapangan jiwa!

Tuesday, October 12, 2010

fitrah manusia

mungkin fitrah manusia hari ini
suka menilai sesuatu dari pandangan mata kasar
tapi tidak penah pun menilai dari dasar mata hati
dan dengan mudah menjatuhkan hukuman
tanpa mengetahui kesahihannya...
aku bukan ulamak...
aku bukan orang yang kuat imannya
aku bukan para ilmuan
aku bukan tergolong daripada manusia yang baik budi perkertinya
aku hanya manusia yang mempunyai 1001 kekurangan
tapi jangan perlakukan aku sedemikian
hanya taw mencari kelemahan dan ke alpaan diriku
semata-mata demi kepuasan nafsu kalian..
tapi kalian pura-pura menutup mata untuk
melihat ke alpaan dan kelemahan diri kalian
aku bukan manusia yang suka mencanang kelemahan orang lain dikhlayak ramai
demi kepentingan dan kepuasan nafsu
dan membuka keaiban orang lain...
dan terima kasih kepada insan yang gembira kerana kepuasan hati kalian lakukan
aku insan teraniya hanya mampu berserah kepada ilahi
semoga mulut yang mengeluarkan butir bicara itu akan menerima bahagiannya
ku pasti insyallah kebenaran akan muncul jua....

Sunday, October 3, 2010

demam oooo selsema

Suhu badan ari ni normal. tp badan letih.. hidung x berhenti2 berair.. tekak gatal2..ouhh jgn la demam smpai x larat nak bangun.. semalam dr pg sampi ke malam, makan ubat. mcm2 dah makan.. memula makan actifast pastu air badak ( mnuman kegemaran.huhuhuhu) nak sejukkan badan, pastu makan plak panadol solibel tuh..
satu hari asek tidur je.. x larat nak bangun... malam, baring2 je.. petang tu mr X calling jap ....ecehh. pastu malam baring lagi. pas makan rehat n tdo.. nk msj pun x larat.. and pukul 10 tido...
pukul 1.50am, mesej ngan si dia.. terjaga, dan tak leh tido.. badan x selesa..tekak perit teramat sangat... dia balas.. pastu tepon selama 2 jam. :) nice calling.. very nice topic... and mostly LOVELY.. jiwang!.eheksss kata2 yg dah lama nk cakap malam td dah di luahkan.. yes! akhirnya :) alhamdulillah... semoga tuhan rahmati kita dan kehidupan kita.. aminnnn
tu lah dia my en.xxxxxxx.. cian dia terpaksa berjaga menemani aku.. kalau dekat mest diajaga aku.sobsobsob tp, kita jauh sgt lah dear.. kena pantau dari jauh je.. hurmmm
best jugak kena dilayan macam tuan puteri ini kalau demam2 ni.. manja pun ye jugak (erkkkss.hehe)mood aku kurang baik sbb nak naik demam.bila mood dh ok, dia pun kata " org nk dtg bulan mcm tu la,tulah perempuan." :P

hope aku cepat sembuh... aminnnn(tulah doa mr X)

Tuesday, September 28, 2010

cikkk gigi ooooo

ayoooo gigi
kenapalah ko sakit sangat ne
sebabkan kolah aku mendodoi siang dan malam
sebabkan kolah senaman aku tergangu...senaman mulut
disebabkan kolah duit aku terbang rm 150...
maaf aku terpaksa membuang ko dari dalam mulut aku
sebab ko tidak dapat bagi kerjasama dengan aku..
dah berkali-kali aku memujuk mu..
tapi ko tetap degil...masih menibulkan masalah
ko tau tak sebab ko jugak aku kena sound teruslah
tolong...tolong...aku tengah menderita ne
aku bercadang nak biar kan ko tumbuh
terus sampai akhir hayat dalam mulut aku
tapi tidak menjadilah cik gigi oooiiii
aku sanggup gigi aku jadi rongak
sebab aku dah cukup terseksa dibuatnya
okey cik gigi...aku faham
tapi kerana aku menderita zahir dan batin
tak pasal-pasal gusi aku membengkak
rasanya muka aku dah macam buah tembikai besarnya
jadi....tolonglah cik gusi jangan meragam lagi
cukuplah sebelum ne cik gigi buat ragam
aku betol-betol terseksa macam nak demam...

Sunday, September 26, 2010

kebahagian milik siapa






"kebahagiaan ada untuk mereka yang tersakiti,
mereka yang telah dan tengah mencari dan
mereka yang telah mencoba.
kerana merekalah yang bisa menghargai betapa
pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan
mereka." - Khalil Gibran-

Saturday, September 25, 2010

aku dan tagisan



Aku menangis bukan kerana kegagalan,
Aku menangis kerana aku kurang berusaha.

Aku menangis bukan kerana aku miskin,
Aku menangis kerana aku tak mampu menyenangkan hidup keluargaku.

Aku menangis bukan kerana aku bodoh,
Aku menangis kerana aku tak mampu menjadi seperti insan yang lain.

Aku menangis bukan kerana aku tidak bahagia,
Aku menangis kerana aku takut saat itu akan tiba.

Aku menangis bukan kerana aku takut,
Aku menangis kerana aku khuatir aku tak mampu untuk bertahan.

Aku menangis bukan untuk diri aku,
Aku menangis untuk ibu aku, untuk bapa aku, untuk nenek aku.
Aku menangis kerana aku takut suatu hari nanti aku akan abaikan tanggungjawab aku dan melupakan mereka hanya untuk kesenangan hidup aku.

Thursday, September 23, 2010

rintahan insan lemah......



Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa
mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan
perkenan-Mu ya Allah hanya Engkaulah yang berhak
membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. Tetapi
jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at
untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul bersama
dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi
kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu....

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua
kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana
kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya.Istighfarlah,Istighfarlah...

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang
tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya,
atau yang jarang memperdulikan
dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka
siksanya didahulukan didunia ini.

Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...
apanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa
mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan
perkenan-Mu ya Allah hanya Engkaulah yang berhak
membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. Tetapi
jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at
untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul bersama
dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi
kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu....

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua
kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana
kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya.Istighfarlah,Istighfarlah...

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang

waktu suka dan waktu dibenci




bila waktu kita disuka...berbakul -bakul perasaan sayang,kasih dan cinta
waktu tu semuanye kelihatan baik dan sempurna walaupun ada kekurangannya..
rasanya tidak mahu berpisah...nak sentiasa bersama je
pujian melambung-lambung...
ertikata lain semuanya baik tidak ada cacat celanya dari mata kasar...

tapi bila dah benci...berbakul-bakul perasaan meluat,menyampah dan sakit hati pun ada
waktu itu semuanya tidak elok dan jahat dimata kasar mahupun mata halus
adakala nak pandang wajahnye pun x mahu..punyalah benci...
ertikata lain semuanya jahat terlalu banyak cacat celanya dan tidak ada kesempurnaan langsung...


INILAH SIKAP MANUSIA HARI INI...TERMASUKLAH AKU....TERMASUKLAH AKU

Wednesday, September 22, 2010

bajuku




malam ini aku rasa happy..
macam tak percaya pun ada..tapi kena percaya
dulu aku ada beli baju cantik sangat menurut pandangan mata akulah
tapi tak tawlah pandangan mata orang lain...
baju tu saiz kecil...aku sah-sah tidak muat...
tapi aku nak jugak beli...memang aku tahu aku tidak muat untuk memakainye
lepas beli aku sangkut jer dalam almari...
hanya mampu pandang dan telan airliur
tapi malam ini entah mana ati aku tergerak ingin mencuba...
tanpa ku duga baju itu longgar tersarung ditubuhku..
waaaahhhh macam tidak percaya..aku tidak penah mengimpikan akan dapat menyarung baju itu ditubuh ku kerana faktor saiznye...

Tuesday, September 21, 2010

TELEFON BIMBIT ADA KEISTIMEWAANNYE



Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2. KERETA TERKUNCI
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

Tuesday, September 7, 2010

Cuma 3 jer

dunia Ini Hanya 3 Hari :-

- Hari yang berlalu ( kelmarin) tiada lagi kesempatan di tanganmu dari hari yang telah berlalu.
- Hari esok yang mana harimu tidak dapat mengetahui samada kamu akan menemui ataupun tidak.
- Dan hari dimana waktu itu kamu berada di dalam. Oleh itu gunakanlah sebaik mungkin dengan perkara bermanfaat.

Dunia ini Juga 3 saat :-

- Saat yang telah berlalu.
- Saat yang kamu tidak akan tahu samada kamu akan menemuinya atau pun tidak.
- Saat yang mana kamu berada di dalamnya. Maka, pergunakanlah dengan sebaik mungkin kerana kamu tidak mungkin memilikinya kecuali satu saat sahaja, sebab mati itu dari satu saat ke saat yang lain.

Dunia ini juga 3 nafas :-

- Nafas yang telah berlalu di mana kamu telah menyelesaikan pekerjaan di dalamnya.
- Nafas yang kamu tidak akan dapat tahu samaada kamu akan menemuinya ataupun tidak.
- Nafas yang mana kamu berada di dalamnya. Sesungguhnya kamu tidak memiliki kecuali satu nafas saja dan tidak satu hari atau pun satu saat. Oleh itu hendaklah kamu cepat-cepat menggunakan nafas yang satu ini untuk taat kepada Allah S.W.T., sebelum hilangnya kesempatanmu dan bertaubatlah sebelum kamu mati. Moga, mudah-mudahan matimu itu berada dalam nafas yang kedua ini. Dan seutama amal adalah menjaga segala waktu semasa masih bernafas dan sesungguhnya orang yang mensia-siakan waktu bererti ia mensia-siakan umunya.

Friday, September 3, 2010

Bibir tersenyum hati menangis



Bibir yang mengukir senyum tapi hati menangis
Bait-bait kata luka pedih dihati tiada siapa tahu
Senyuman yang menangis tiada yang melihat

Senyumlah hati!
Sepi, hampa
Sampai bila?

Bibir yang tersenyum
Hati…
Kelam…kusam
Tiada siapa tahu
Tiada siapa dapat melihat

Di lorong yang paling dalam
Gelap…
Tiada sinar yang dapat menembusi
Titik-titik hitam
Melakar bibit-bibit duka…

Tiada penawar…

Surya…
Segeralah muncul…
Perlihatkan wujudmu…

Agar hati dapat tersenyum kembali…

ku sujud padamu.....oh tuhan........


Tuhanku,
ketika hati sedang menangis
hanya Engkau saja yang tahu
betapa merananya diriku
tak mungkin yang lain tahu....

Tuhanku,
ketika mereka meninggalkan aku
sendiri terkapai-kapai
ketika dunia tiada simpati
Kau tetap mendengar rintihanku
padaMu tempatku menagih kasih
ketenangan kurasa mendekatiMu
syahdu malam tak terasa sunyi..

Tuhanku,
ketika aku dalam kepayahan
keseorangan dihimpit beban derita
Kau beri aku kesabaran
pengalaman mengajar arti kematangan
lantas Kau membuka pintu hatiku
untuk memberi kemaafan
pada mereka yang pernah melukakanku..
pada mereka yang terus melukakanku...
dan pada mereka yang tersedar karna melukakan...

Tuhanku,
ketika aku buntu
keliru dengan masa depanku
kau berikan aku kekuatan
Kau tunjukkan aku jalan
peluang kedua yang sungguh bermakna
sebagai suluh hidupku
menebus usia yang sia-sia
mengganti semalam yang pergi
memperbaiki kelemahan diri
mempelajari pengajaran dari kesilapan
menimbus kekecewaan dan dendam

Moga tiada lagi aku
bercita-cita lemas di laut
atau terlanjur menelan berlebihan pil
sungguh pelik bunyinya tetapi benar
hanya Kau saja yang mengerti
hatiku tersiksa sekian lama
kini akhirnya bangkit semula
melupakan episode terakhir
dan menyambut lembaran baru...

Tuhanku Yang Maha Pengasih
rahmatMu tak terkira
syukurku melangit pun tak tercapai
sungguh aku rasa berdosa
karena dulu sering terlalai
semoga penyesalanku kau terima...

Tuesday, August 31, 2010

kejahilan vs keampunan


hari ini aku berbuka puasa diluar bersama rakan2 sekolah
tu pun atas desakan mereka yang tidak putus asa memujuk ku
last2 aku setuju turut serta....biasalah kalau dah berkumpul
pastu lama pulak tidak berjumpa...macam -macam ceritalah
ada dikalangan rakan yang bawak anak dan pasangan masing-masing
sedang menunggu azan berkumandang...berlaku kekecohan salah faham
yang ati kecil ku sedih sangat hampir menitis kan air mata
seorang lelaki lewat 50an,memaki hamun isterinya...
terkeluar dibibirnya kata-kata kesat dan mencarut...
sumpah seranah semuanya dihamburkan jadi mainan dia jer
ya Allah kesiannya isterinya...malu tidak terkata..
tiba-tiba azan berkumandang menandakan azan untuk berbuka puasa
tiba-tiba lelaki itu mencarut dan sekali lagi kata-kata kesat keluar dari bibirnya
aku sedih sangat...kenapa sewaktu nama yang Maha Esa dilaungkan
kata-kata kesat menyambutnya...selera makan ku tertutup...
aku terfikir kenapa lelaki itu bersifat macam itu
dikala bulan yang penuh keberkatan ini....
ya Allah Engkau ampunkan lah dosa lelaki ini
Engkau bukakanlah pintu hatinya...
Engkau berikan lah Hidayah padanya....aminn

Friday, August 27, 2010

itu hak aku........



hari ini sampai di opis aku terlihat
hak milik kesayangan aku yang hilang
rupanya ianya tidak hilang tapi seorang kawan telah menggunakan
yang menjadi tanda tanya macam mana benda itu ada bersamanye
semasa aku meminta padanya kerana nak menggunakan
ianya beria-ia menafikan sudah memulangkan padaku...tapi sebenarnya tidak
aku malas nak panjangkan cerita kelak akan menimbulkan pergaduhan...
hati kecilku kuatmengatakan itu hak aku punya...
tapi bila aku lihat riak air mukanya.....tiadak ada sebarang riak pun
kini aku berserah kepada Allah...andai itu miliku dari rezeki halalku
agar allah mengerakan pintu hatinya untuk memulangkan kepada ku kembali

Wednesday, August 25, 2010

aku terjaga dari tido...ahhhh beratnya mata ini nak ku buka
ahhhh jam dah pukul 4.30 pagi....baik aku bagun buat pe yang patut
klau aku lelap kembali takut terus lelap...
ku lihat di skrin hp aku ada msj masuk....
ku baca butiran ayat-ayatnye.....macam- macam perasaan timbul
marah,geram,sedih dan macam-macam lagi....
tapi aku teringat pesan pencerah hari tu...bila timbul perasaan macam tu
dalam hati dan jiwa kita cepat2 beristifar...ya aku kembali tenang semua tidak macam mula2 aku terima sms td....selasai solat subuh hp ku berbunyai...
aku malas nak mengankat bila melihat nama pemiliknya...
untuk pe dia menghubungiku.....ditelinga ku masih terdengar cakapnye...
tuduhannye terlalu berat sangat...perbuatan tidak sepadan dengan umurnya...
boleh dipanggil mak...entahlah aku rasa pekak telingan dan diamkan diri adalah perbuatan yang paling baik agar tidak timbul salah sangka.

Tuesday, August 24, 2010

Doa Untuk Sahabat............

Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat .....

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu .....
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah

Monday, August 23, 2010





hari ne aku memulakan tugas aku kembali
telah kutanamkan azam dalam hati ini...
kursus yang ku hadiri betul-betul telah membuat aku terfikir kembali
yang aku terlalu banyak melakukan kesilapan dalam semua ne...
manusia mana yang tidak pernah terlepas dari silapnya
aku telah tanamkan azam untuk mengikis kealpaan diriku
aku tahu mustahil untuk berjaya berubah 100%
tapi aku percaya akan ada berjaya jua walaupun sedikit
tapi sayang mula aku membuat perubahan....
terdegar suara sumbing mengatakan aku buang tabiat dan giler per
tak perlah...ku anggap mereka belom menerima hidayah dari yang maha Esa..
aku tidak akan patah semangat dengan kata2 demikian...
yang pasti hidup kita bukan menongkah langit....
ku akan sentiasa berdoa agar diri ne dan kalian2 terus mendapat cahaya hidayahnya

Wednesday, August 18, 2010




pagi tadi selepas solat subuh
sekali lagi aku mengalami simtom yang sama macam minggu lepas
aku muntah cecair pekat berwarna merah memenuhi tapak tangan
ahh aku dapat rasakan keadaan kesihatan diriku kurang memuaskan
bila tengah hari jer pasti badan ku
mengigil kesejukan macam enjin..muka ku pasti berubah
mak kerap menegur perubahan didalam diriku...
pagi ne aku rasa tidak bermaya sangat.......
tapi aku gagahkan diri jua pergi kerja...aku tidak mahu mak risau
melihat aku terbaring lemah didalam bilik...
aku seboleh-bolehnya tidak mahu kelihatan sakit didepan mak...
aku tidak mahu mak risau...kerana mak berpenyakit...

Tuesday, August 17, 2010

RINTIHAN HATI SI KECIL

APA DOSA KU.....WAHAI IBU DAN AYAH...
LAYAKKAN KALIAN DI GELAR IBU DAN AYAH


KEHADIRAN AKU BUKAN DI PINTA...TAPI AKU MENJADI MANGSA ATAS KERAKUSAN NAFSU IBLISMU



KENAPA AKU DIPERLUKAN SEKEJAM INI.....KENAPA??



SUDAH MELAKUKAN DOSA...AKU YANG MENERIMA AKIBATNYA ADILKAH BUAT DIRI INI?????



ALLAH MASIH SAYANGKAN DIRI YANG TIDAK MENGERTI PE2...WALAUPUN AKU DIPERLAKU SEDEMIKIAN AKU MASIH BERHAK UNTUK BERNAFAS.....



YA ALLAH....SAKIIITNYAAAAA



TUBUH DIRUKU DIBERSIHKAN DARI KOTORAN...TAPI HATIKU SEBERSIH KAIN PUTIH...




DIRIKU DIRAWAT DARI SEGI FIZIKALNYA TAPI HATI DAN PERASAAN AKU MAMPUKAH DIRAWAT




TERIMA KASIH..PADA INSAN YANG MASIH MEMILIKI HATI YANG MURNI
MENYELAMATKAN AKU DAN MEMBERI PELUANG UNTUK AKU MENGHIRUP UDAYA DIMUKA BUMI MILIK ALLAH SWT

PERJALANAN HIDUP......




Hidup ini adalah sebuah perjalanan. Perjalanan antara dua alam. Dari alam roh, ke alam manusia, kembali ke alam yang baqa'.. Antara perjalanan ini, ada berbagai onak dan duri yang harus ditempuhi sebelum tiba ke destinasinya. Destinasi kamu bukan di sini, wahai diri.. Destinasi kamu masih jauh lagi beronak dan berliku.. Destinasi kamu adalah destinasi yang memerlukan kamu kuat semangat, dan ketabahan, untuk kamu berjaya menuju ke destinasi kamu..
Dalam tanpa sedar, rupanya setiap apa yang dilalui ada Allah di mana-mana. Allah di sana, Allah di sini. Semuanya dari Allah. Allah dah turunkan kitab buat kita sebagai panduan untuk kita melalui hidup ini. Walau kita tidak nampak Dia, namun Dia sentiasa mengawasi kita. Dia sentiasa dekat dengan kita. Dia sentiasa membuka pintu untuk kita apabila kita mengetuk pintuNya.. Di kala kita sedih, Dia sebenarnya turut sama merasakan kesedihan kita.. Dia nak kita kuat bila kita bersedih. Dia nak bagi hikmah dan ilmu dari ujian yang membuatkan kita bersedih tu. Dia ada, Dia sentiasa mendengar luahan hati kita. Dia sentiasa melihat kita, Dia sentiasa merenung kita. Cuma kita tidak nampak Dia.. tapi hati yang ikhlas dan bersih akan dapat merasakan kehadiran Dia dalam hidup kita.
Allah.. walaupun hidup aku penuh dengan kesedihan, penuh dengan masalah, penuh dengan liku, penuh dengan caca merba..juga penuh dengan kebahagiaan dari keluarga tercinta.. namun aku tahu Kau tetap berada di samping aku.. Memberi hidayah dan petunjuk buat aku menempuhi hidup yang sementara ini. Takda satu pun yang kekal bersamaku, melainkan hanya Engkau ya Allah, Tuhan yang kekal..

Setiap kali aku bersedih, Kau berikan aku sifat pelupa untuk aku lupakan kesedihan aku..

Setiap kali aku bermuram durja, Kau hantarkan hambaMu yang ikhlas untuk aku senyum semula..

Setiap kali aku hilang punca untuk menyelesaikan masalahku,Kau berikan aku tikar sejadah untuk aku bersolat dan meluahkan segalanya padaMu..

Setiap kali aku marah, Kau berikan aku hidayah dan peringatan bahawa marah itu datangnya dari musuhMu dan juga musuhku supaya aku bersabar..

Setiap kali aku hampir berputus asa, Kau berikan aku ruang untuk aku memikirkan jalan terbaik dalam hidupku..

Setiap kali aku gembira, Kau berikan aku peringatan bahawa itu semua adalah nikmat kurniaanMu..

Setiap kali aku dalam kejayaan, Kau membuatkan aku sedar bahawa kejayaan itu adalah pinjamanMu semata-mata, supaya aku tidak mudah lupa diri..

Setiap kali tiada siapa-siapa di sisi ku dan aku kesunyian, Kau hadir menemani aku..bahawasanya aku tidak pernah bersendiri..

Ya Allah, ya Tuhanku..Engkau Maha Pengasih..lagi Maha penyayang..

Letih puasa...he..he...he...::

Kah kah kah....



dh nak buka ni.....nape x de org dtg campak daging




cam ne nak buka ,dah x larat nak panjat



penat aku panjat Sampai atas x ade pucuk daun lak....nak turun dah x larat



jangan kacau Aku, aku sedang berzikir....bulan puasa beb
cari pahala lebih.....



hai sampai terlelap...maklumlah x sahur....



sini pun jadi lah nak membuta.....



aduh x larat nak jawab call....aku dah x larat nk layan ko asyik membebel je




sahur td minum susu jer....



tempat ne lah paling sedap utk tidur..



bersantai abis....18sxxx





lapo la.....mane ikan
agak ikan pun puasa jugak ker




x larat dah nak angkat badan
ape lg nak bawak ekor aku....berat….




u puasa...i pn puasa gak...




peh....sedapnya tido.....bukan mase rehat ne...x pe 5 minit jer




x ingat dunia tido....