Wednesday, August 24, 2011

kaki ampu vs kaki bodek



Bayangkan hangpa bekerja dalam satu company. Lepas tu ada seorang rakan sekerja hangpa yang kerjanya mengampu bos sahaja. 24 jam asyik nak berkepit dengan bos. Tambah meloyakan jika si kaki ampu dan bos tu kaum sejenis. Sampaikan orang bawahan macam kita ni pun dia dah taknak bergaul dan bertegur sapa dah,mencari pasal dan kesalahan kita semua adalah... Sedangkan taraf kita sama saja. Kalau kita kutuk-kutuk bos, dengan pantas dia datang back-up bos walaupun sudah terang lagi bersuluh yang bos tu tak betul. Lepas tu, report pulak kat bos. Dan secara automatik, kita dipecat kalau swasta...kalau dalam kerajaan kita dalam senarai Blacklist untuk di sabotaj mengila . Apa perasaan hangpa?

Kalau nak kipas pun, biarlah ikhlas dan bertempat. Janganlah membodek hanya untuk kepentingan diri sendiri. Sehinggakan apa saja kesalahan dia jadi betul di mata hangpa. Aku tau la hangpa nak cepat naik pangkat dan gaji. Ini sampai hari-hari dok cerita pasal dia, orang pun dah naik menyampah.


SIAPA MAKAN CILI TERASA PEDASNYA.....

Tuesday, May 10, 2011

Darjat manusia ....

Marah, sedih, kecewa dan gembira.. segalanya berbaur...

Marah kerana orang yang terdekat dengan aku dihina, dimalukan dan 'mentally totured' dikhalayak ramai janji hati puas...tak perlu fikir perasaan orang lain..ada aku kesah..sedih.. kerana mengenangkan sikap sesetengah manusia yang merasakan dia besar dan bebas laku menghina orang lain sesedap rasa kecewa.. kerana setelah hampir seminggu.. baru cerita ini sampai ke pengetahuan aku...

hatta bila kita diatas memiliki wang,pengaruh dan pangkat bebas bertindak keatas hamba allah yang lemah...kerana dia bukan dari kalangan ahli keluarga mahupun orang yang membawa keuntungan pada dirinya..aku hanya manusia yang dipandang serong angkara fitnah...inilah yang kudapat bila menyatakan hak ku..mimik muka menyejek dan paling menyakitkan hati dan segalanya aku di persalahkan atas segala berlaku..

Setiap manusia diciptakan Allah teramat istimewa dengan caranya yang tersendiri
dan alangkah miskinnya jiwa kita kalau kita besar kepala dengan nikmat yang terlalu sedikit yang Allah beri..

Setiap manusia perlu bertanggungjawab di atas segala perbuatan mereka..
dan.. jangan ingat, kita boleh lepas tangan begitu sahaja...
tunggulah besok... suatu perhitungan perlu dilakukan....

aku akan sentiasa menadah tangan memohon pada yang Esa...kerana ia lebih mengetahui yang tersembunyi dan lagi yang nyata dan terang....

Wednesday, March 16, 2011

manusia sangkaan baik dan sangkaan buruk

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...

Orang yang suka beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik

Orang yang suka senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela

Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

Mana kita tahu ...
Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah

Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya

Mana kita tahu ...
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

Mana kita tahu ...
Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya

Tuesday, March 1, 2011

Ego













''Ingatlah olehmu dua perkara, iaitu kesalahanmu kepada orang lain dan kebaikan orang lain kepadamu. Lupakan dua perkara, iaitu kebaikanmu pada orang lain dan kesalahan orang lain kepadamu.''

erm..dah lama rasanya dah tak menulis kat sini..last hari ne aku curi-curi masa..erm nak cakap something..dah tak mampu nak tanggung lagi dah..bosan sesangat dengan manusia yang ego ni..naperlah orang manusia ni susah sangat nak mengaku kesalahan sendiri...hairan bin ajaib dengan sikap orang yang macam ni..nak ego pun biarlah bertempat..dah buat salah tu mengaku jerlah...minta maaf jerlah..susah sangat ker nak minta maaf tu..jatuh ker maruah tu kalau minta maaf..cakap jer pandai..sedang nabi muhammad saw pun ampunkan umatnya nikan sesama manusia..pastu buat-buat cerita seolah-olah dia betol semua x ada cacat celanya .. seolah-olah dirinya begitu sempurna. Cakapnya petah bila berbicara buat semua orang terpegun dan melelah air liur … tapi sayangs uruh orang maafkan pandai tapi diri sendiri tak nak minta maaf..tak nak mengaku kesalahan sendiri..bosan...........nak orang mengampu dia jer….sape tak mengampu dia orang tu kan jadi musuh tradisinya.last dia takut bayang-bayang sendiri….he..he…sikap dan kelakuannya macam bersultan dimata beraja dihati..

Friday, February 25, 2011

Gelora dihati gadis ku



aduss...
aku keliru...
wajahnya selalu menghantuiku...
setiap pandanganku hanya wajahnya yang terdampar...
hidupku penuh dengan kekeliruan...

aduss...
aku sedar siapa diri ini...
seorang wanita yang tak sempurna...
ketebalan pedih jiwa menusuk ke sanubariku...
aku keliru aku buntu...

aduss...
pedih jiwaku belum terubat...
tetapi jiwaku meronta untuk dikasih...
jiwaku digegar oleh sang putera kayangan...
yang hadir tanpa diundang...

aduss...
Tuhan tunjukkan padaku...
bukakan jiwaku yang beku...
aku sedar tidak semua lelaki begitu...
yang mudah untuk aku merindu...

aduss...
salahkah punyai rasa itu...
sungguh tinggi pengharapanku...
Tuhan...tunjukkanlah kepadaku...
Tuhan...bantulah aku...

Sunday, February 6, 2011

sebutir mutiara yang gugur



SELAMA AKU MEMIJAKKAN KAKI DI DUNIA CYBER INI.. AKU TIDAK PERNAH MELUPAKAN REALITI DIRI AKU SEBENAR..AKU TETAP INGAT NILAI-NILAI MANUSIA YANG PERNAH BERPULUH TAHUN BERTAHTA DI JIWAKU.. AKU MASIH HARGAI BUDI ORANG.. HARGAI KEBAIKAN ORANG PADA KU..AKU TIDAK PERNAH HILANG RASA INSANI ITU..

TAPI BILA SEGALA ITU JADI BAHAN SENDA DAN PERMAINAN SESETENGAH ORANG DI SINI YANG MENGANGGAP..DUNIA CYBER TIDAK PERLUKAN KEIKHLASAN.. PENGHARGAAN PADA KEBAIKAN ORANG.. DAN MELAYAN MANUSIA LAIN MENGIKUT KATA HATI KITA DAN BUKAN LAGI DENGAN BUDI BAHASA DAN HORMATI MENGHORMATI..DAN SEBEBASNYA BERBOHONG DAN MENIPU..
MEMPERSENDAKAN KEJUJURAN DAN KEBAIKAN ORANG..
AKU TERASA TERAMAT ASING..SEDIKIT TERLUKA...DAN MERASA ALANGKAH SIA-SIA..

NAMUN AKU CEPAT TERSEDAR.. DI KEJUTKAN DENGAN ISTIGHFAR..BIAR LA MEREKA ITU..
BAK KATA BIARLAH MEREKA DENGAN LABUNYA.
SEGALA PEMBERIAN.. SEGALA KEJUJURAN DAN DAN KESUNGGUHAN DALAM BERTEMAN..
SESUNGGUHNYA AKU TELAH IKHLASKAN..
TIDAK MENGAPA SEMUA JADI BAHAN SENDA DAN PERMAINAN MANUSIA...
ASALKAN AKU TIDAK TERMASUK GOLONGAN ITU..TUHAN LEBIH TAU..BIARKANLAH MEREKA TERBAHAK BAHAK KETAWAKAN AKU ..ASALKAN AKU TIDAK MENANGIS BERSAMA MEREKA BILA TUHAN MEMBALASKAN SEGALANYA..TERIMAKASIH TUHAN MEMBERIKAN AKU HATI SEPERTI INI..
WALAUPUN JIWAKU TIDAK URBAN...BUKAN JIWA CYBER YANG DI ANGGAP DUNIA YANG TIDAK PERLUKAN KEJUJURAN .. AKU TETAP AKU.. AKU BERSYUKUR JIWA KOLOT YANG INI..MASIH TERPELIHARA..WALAU KERAP KALI DI PERSENDAKAN..

Friday, January 28, 2011



Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna..banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan..sesekali langkah tersadung, rebah menyembah..sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan,menentukan kesabaran dan air mata..selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul,usah di gusar pada anugerah Tuhan..anggaplah sesekali di duga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita utk bangun menjadi manusia sesempurna insan..

mungkin aku bukan yang terbaik buat kalian disekeliling ku,namun ku cuba menjadi yang terbaik jika bukan untuk kamu,tapi sekurang-kurangnya aku lakukan untuk diriku sendiri dan tuhanku,untuk memperbaiki kelemahan diri ini...

Thursday, January 27, 2011

Bila Lidah Berbicara


Bicara Kata

Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata

Tuesday, January 18, 2011

E.M.O.S.I



Aku bukanlah seorang yang
berbesar hati,
Aku bukanlah seorang yang
pemurah,
Aku bukanlah seorang yang
pemaaf,
Aku bukanlah seorang yang
periang,
Aku bukanlah seorang yang
rajin,
Aku bukanlah seorang yang
mengembirakan,
Aku bukanlah seorang yang
baik,
Di diriku, aku tiada apa pun.



Aku hanya seorang yang penuh dengan
emosi,
Aku hanya seorang yang penuh dengan
kesedihan,
Aku hanya seorang yang penuh dengan
kesakitan,
Aku hanya seorang yang penuh dengan
penderitaan,
Aku hanya seorang yang penuh dengan
kelukaan,
Aku hanya seorang yang penuh dengan
tangisan,
Aku hanya seorang yang penuh dengan
keburukan,

.A.K.U. = .K.O.S.O.N.G.