Wednesday, March 24, 2010

gedik

hari ne aku rasa macam tidak sedap badan
kepala ku sakit sangat..tapi aku tetap g kerja
cadang nak ambik cuti rehat...tapi kerja masih meninbun
macam bukit tak siap lagi... minggu depan aku dah kena
pergi kursus di Shah Alam seminggu....
aku sedaya upaya siapkan yang mana sempat...
bukan pe cukup lah aku dituduh makan gaji buta...
tiba-tiba aku teringat cakap seorang kawan
sambil di otok aku mencari jawapan atas persoalan semalam
adakah paras rupa menjadi ukuran
setiap perbuatan,tingkah laku dan pergaulan
kenapa mereka yang perasa lawa suka memandang jelik
pada mereka yang kurang memiliki paras rupa
mereka yang ada paras rupa terlalu bangga
seolah-olah mereka beranggapan
semua mahluk tuhan dimuka bumi
terpesona dan terpegun tegok mereka
tapi aku macam tidak pergaya
perkataan ne terkeluar dari bibir seorang yang disegani
mgkin aku salah degar kot...
si polan itu suka mengedik sangat
orang macm sipolan itu layan je...

Thursday, March 18, 2010

aku adalah aku.....



aku tetap diriku...
aku tidak sekali pun akan jadi diri orang lain
ya Allah betapa sakitnya
andai luka diluar pasti nampak berdarah
pasti ada ubatnya....
pasti ianya akan sembuh
walaupun mengambil masa..
tapi andai luka didalam...
hanya Allah saje yang tau
betapa sakitnya...
tidak terucap dengan kata-kata
hanya mendekatkan diri pada
yang Maha Esa
jalan terbaik....lidahku kelu seribu bahasa
mindaku x mampu nak berfikir....
betapa sakitnya hati ini bila dikianati
akulah manusia yang
dipandang dari pelbagai
sudut halus,kasar dan semuanya
ada pelbagai pekej yang menjelikkan
tidak ada sebesar hama
pun pakej membanggakan
aku diperbagaikan dengan pelbagai rentak
rentak yang dilakar oleh mereka
yang terlalu menyanjung diri sendiri
yang merasakan tiada
kepincangan dalam diri
bagi mereka-mereka
mereka merasakan terlalu sempurna
mereka hanya tahu mencanang
kepincangan orang lain...
ahhhhh...aku berserah sepenuhnya
pada yang Maha Esa
aku tau pe yang aku lakukan
hanya yang terbaik
aku tidak dapat nak
puaskan hati orang lain
aku bukan manusia yang
hidupnya hanya pandai
menunding jari
pada kau,ko,kamu atau
sipolan atau si dia
aku tidak didik mencari
kelemahan dan kekurangan orang lain
aku mengerti bahawa aku
masih banyak kekuarangan dalam diri ini
aku sentiasa mengingatkan diri ini...
agar sentiasa menerima hakikat
walaupun ianya pahit hendak ditelan...
aku tak akan menjadi
manusia yang sentiasa bertopeng






Wednesday, March 17, 2010

masa dan gaji.....




semalam aku dijemput makan malam
bersama bekas bos dan wife dia
kalau ikutkan hati dah ku malas
badan letih sangat...
tapi isteri tuan dah beria-ia memujuk
jadi aku pun setuju...
sambil menjamu selera..
kami bertukar-tukar cerita
tiba-tiba aku terkesima
mendengar butir bicara yang kuar
dari mulut Tuan
dia tanya berapa jam aku berkerja sehari
dia bertanya lagi adakah aku melakukan tugas
yang di amanahkan selama
masa yang ditentukan
berbaloikah gaji yang aku dapat
dengan tugas yang aku laksanakan
aku terdiam seketika..
Tuan menyambung semula bicaranya
untuk mendapat rezeki yang berkat dan halal
keta kena laksanakan tugas yang diamanahkan
mengikut gaji yang dibayar untuk keta
jangan sesekali keta menipu diri keta sendiri
ramai manusia hari
tidak jujur dalam pe jua keadaan
itu sebab mereka bertindak mengikut nafsu
akhirnya nafsu menjadi raja dalam diri mereka
aku kurang faham...tapi akan ku fahamkan juga
puas akau mencogak-cogak pe maksud nya


mengantok giler.....


petang ne aku kerja sorang
cuaca diluar sana panas mengigit kulit
hari ne pengguna tak berapa ramai
aku ambik kesempatan membuat
keratan akhbar dan meyiapkan pe yang x siap
Ya Allah mata aku begitu berat
macam di ikat dengan batu bata
aku terkuap-kuap
aku rasa dah macam kartun popai
masyallah mengantok nya
yang aku hairan waktu keja mengantoknya
tak dapat ditahan...
bila waktu cuti mata ne langsung tak mau pedam
elok je celik macam mata belalang
lastny aku terlelap seketika....

Tuesday, March 16, 2010

aku rela





aku akan gemgam
api jadi bara.
akan ku telan
kepahitan hempedu
akan ku lakukan semua ini
demi kebahagian dan kepentingan
orang yang aku sayang
aku tahu iyanya begitu sukar
tapi ku mesti kuat untuk melaksanakan
aku tidak boleh lemah@mengalah
andai aku lemah...pasti banyak hati
dan perasaan orang yang ku sayang terluka
ku pujuk hati,ku kuatkan azam dan semangat
untuk menempuhi onak yang berduri
biar aku sendiri yang menanggung azabnya
aku sendiri akan merawat lukanya kepedihannya...
pe yang penting kebahagian dan kegembiraan
yang terukir diwajah mereka...mereka
ku pasti ne adalah pilihan yang paling terbaik
ku juga percaya Allah sentiasa disisiku....

Friday, March 12, 2010

MASTER EIGHT


hari ne dah masuk seminggu
setiap pagi hingga ke petang
aku tunggu kemunculan dia
tapi hampa dia tidak juga muncul-muncul dia alam maya
mana lah dia pergi....puas aku mencogak-cogak
tapi tak dapat nak dapat jawapan...
aku pun hairan macam mana
diri ini boleh serasi berkawan dengan dia
sedang kami tidak penah bersua muka...
tapi kami macam dah serasi....dah lama berkenalan
yang paling aku suka sifatnya
sikap keterbukaanya,yang menyebabkan
kami boleh bertukar-tukar pandangan
tapi hari last aku bersembang dengan dia
pasal JODOH..he...he....
mungkin dia tersinggung dengan ku
pe pun akan ku nanti kemunculan dia di alam maya

Thursday, March 11, 2010

mata nafsu


mata ku tidak betah melihatnya lagi
telinga ku naik kembang mendegar butir bicara
yang mengoda......pekik lolong jadi mainan
ada perlakuaan tiada batasan
seolah-olah dunia milik mereka
tiada endah kewujudan mahluk Allah swt yang lain
adakah aku disini hanya ibarat tunggul kayu
menjadi pemerhati,penengok dan penyagak je
kepada telatah mereka.....mereka sekalian ku
manusia hari macam-macam ragam
tapi aku masih bersabar....akan terus memerhati
kepada gelagat merpati dua sejoli......
sampai bila harus berkeadaan bergini....
seolah-olah tiada perasaan malu
diwajah dan sanubari mereka

Wednesday, March 10, 2010

tangisan ciwek@kepuasan




























tangisan ada beranggapan cewek...
ia juga merupakan kepuasan abadi
satu ekspresi wajah
tangisan....dan wanita acapkali dikaitkan
sedangkan aku yakin kaum adam juga pasti
bisa menangis.....
dan bagiku,tangisan adalah teman buatku
saat merasa sedih,gembira mahu pun marah...
aku bisa saja menagis....kerana pe?untuk pe?
itulah caranya untuk aku berkata-kata
untuk satu ucapan....
dimana tidak bisa aku ungkapakn....
sekiranya engkau melihat aku menangis
jangan ditanya kenapa?
kerana aku sendiri tidak mampu
untuk menjelaskannya....
bukan maksudku untuk saja-saja
menagis tanpa sebab yang pasti....
tapi aku menagis hanya bila hatiku
tidak mampu lagi menjelaskan kepada mindaku
betapa sakitnya hatiku......
atau bertapa bahagianya aku
atau mungkin tidak mampu menjelaskan betapa
kemarahan membakar jiwaku.....
jesteru itu aku menagis...
kerana aku memiliki hati yang lembut bak sutera
bukan kerana aku ciwek.............

Tuesday, March 9, 2010

selamat ulang tahun....


8.3.2010 tarikh yng aku tidak boleh lupakan
tarikh keramat yang sentiasa terset
dalam kepala aku....tarikh ne jua buat
aku menjadi manusia yang nanar
ahhhh hari ne merupakan tarikh lahir
teman teristimewaku...
kalau dihidup pasti umurnya 25tahun
mesti hensem bagat....
tapi itu semua khayalan aku...
tapi setiap ulang tahun kelahiran Ann
aku tidak ada hadiah yang aku berikan
hanya bacaan ayat Al-Quran hadiah buat dirimu
agar diri mu damai dan tenang disana...
semalam kugagahkan jua kaki
pergi menziarah puasara mu
Ya Allah rasanya hilang semua rindu yang terpendam
waktu aku rasakan Ann ada berhampiran dengan ku
ahhhhhh......berat kakiku nak meninggalkan pusaraan Ann
tapi dah lama ku disana...
sebelum aku melangkah meninggal pusaranya
aku menoleh buat kali terakhir....

"DAMAILAH DIRIMU DISANA BERSAMA GOLONGAN ORANG YANG BERIMAN"

























Friday, March 5, 2010

aku happpppyyyyy


pagi ne aku ada terima tetamu cilik
dari tabika berhampiran....
bila kehadiran mereka aku dan kekawan
menyambut dengan hati yang tenang dan gembira
aku mulakan dengan bercerita..
mcm2 watak aku lakonkan agar menarik ceritanya
sedang aku bercerita aku terpandang wajah seorang budak perempuan
aaahh aku teringat masa aku tabika dulu
montel-montelnya ,potongan rambutnya dan namapun sama
tak ubah persis aku masa sekolah tabika dulu
aku tersenyum sendiri...
bila aku bersama dengan tetamu cilik
kami bernyanyi hati ku jadi terhibur sangat
aku menjadi puas teramat sangat
aku rasa semua masalah aku terbang
aku tidak penah rasa seseronok macam hari ni..
hati ku menjadi tenang dan damai sangat...
adakah ini dikatakan aura kanak-kanak

Wednesday, March 3, 2010

cicak


hari ini aku mengemas bilik pejabat
barang -barang dalam bpejabat bersepah cikit
aku ,iza dan ana bertungkus lumus berkemas
lepas ne nak kemas bawah tangga pulak
barang-barang tidak tersusun dengan betol
itu yang nampak bersepah...pe pun kena buat
slow-slow yang penting kejasama...
sedang asyik berkemas.... dengan habuk yang banyak
kami dapat durian runtuh...rezeki terpijak...
pe lagi senyum lebarlah kami bertiga...
sedang asyik berkemas..tiba2 kepala aku macam ada sesuatu
bila aku meraba atas kepala ku
rupanya aku terpegang cicak yang boleh tahan besar juga
tapi tanpa ku duga ekornya putus
aku yang putuskan tanpa di sengajakan
maafkan aku cicak aku tidak sengaja
nak ptskan ekor ko.

GLOMOR U


cuaca begitu panas... buat semua tidak kena
begitu juga hati,telinga dan semuanya panas membahang sama sekali
aku nak buktikan kepada mereka-mereka yang???????
cikit-cikit berperagai macam budak2
(taw kan peragai budak2 andai tak taw buat2 tau)
nak bagi nama aku bertambah glomor
kali ne aku akan ku buktikan segalanya...
bahawa ianya tidak benar,hanya omong2 kosong je
ianya hanya nak menutup kepincangan dan
kekurangan diri masing-masing
tapi tak pe aku ini antara insan yang
memang sentiasa nak diglomorkan
terima kasih lah kepada mereka yang bersusah payah
menglomorkan aku
ini membuat aku lebih teruja dan bersemangat nak berusaha...
aku tidak ada hadiah @pingat nak diberikan kepada kalian
yang bersusah payah mencananga namaku....
pe yang mampu ku lakukan berdoa agar mereka dan mereka
perolehi HIDAYAH bukan hidayah namaku....