Sunday, May 30, 2010

ketenangan




Alhamdulillah,

syukur ke hadrat Allah s.w.t.
kerana masih dipanjangkan usia,
peluang untuk meneruskan amal ibadah.
Kebelakangan ni, aku merasakan satu
yang sangat ketara.
Terasa seperti dihimpit pelbagai kesulitan dan kesukaran. Cabaran yang datang bertalu-talu
bagaikan tiada penghujungnya
ini sedikit sebanyak menguji keimanan dan kesabaran.
Hati ini mungkin telah lama tidak menemui makanannya, mungkin juga telah lama hitam dimamah dosa,
mungkin… dan bermacam kemungkinan.
Hasilnya tetap satu – tiada ketenangan jiwa.


Bagaimanakah amalanku?

Adakah diterima Allah atau tidak?

Adakah memberi kesan kepada jiwa yang luka lara ini?

No comments:

Post a Comment