Kehidupan yang tidak teruji adalah.. kehidupan yang tidak layak untuk di hidupi (unexamined life is not worth living) ...Hanya ada satu tempat di dunia ini di mana manusia bebas daripada segala ujian hidup iaitu kuburan.....
Friday, January 28, 2011
Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna..banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan..sesekali langkah tersadung, rebah menyembah..sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan,menentukan kesabaran dan air mata..selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul,usah di gusar pada anugerah Tuhan..anggaplah sesekali di duga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita utk bangun menjadi manusia sesempurna insan..
mungkin aku bukan yang terbaik buat kalian disekeliling ku,namun ku cuba menjadi yang terbaik jika bukan untuk kamu,tapi sekurang-kurangnya aku lakukan untuk diriku sendiri dan tuhanku,untuk memperbaiki kelemahan diri ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment