Friday, April 23, 2010

senyuman yang akan terukir..........

senyuman yang akan terukir

semalam aku buat mesyuarat AJK perpustakaan
ahlinya terdiri daripada penduduk setempat
maklumlah perpustakaan aku letaknya
kawasan perumahan,pejabat dan sekolah-sekolah
jadi aku rasa tempatnya sangat bagus..
untuk aku perkenalkan perpustakaan dan fungsinya
kepada masyarakat awam..
dimana perpustakaan bukan tempat untuk pelajar sahaja.
aku sedaya upaya akan menarik lebih ramai pengguna
datang menggunakan perkhidmatan yang ada di PPAS
itulah misi aku sekarang..
mungkin berkat dugaan yang mendatang dan cabaran
aku bermohon keberkatan dan dipermudahkan urusan
alhamdulilah doaku dimakbulkan...
mesyuarat berjalan dengan lancar dan banyak
idea-idea yang disumbangkan...
oleh mereka yang hadir semalam
mereka sebulat suara akan membantu aku memajukan
perpustakaan sekinchan ajar lebih mantap
aku rasa teramat bersyukur sangat...
ku harap perkara ini akan menjadi kenyataan..
dimana aku kan tersenyum bangga.

doakan aku berjaya......

No comments:

Post a Comment