Wednesday, December 29, 2010

Antara kasih sayang dan rasa hormat



Bukan senang untuk memilih yang paling utama. Walaupun hati telah berkata si dialah insan yang ku saying , tapi naluriku berkata bahawa dia juga perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. Aduh, pening kepalaku. Kedua - dua insan ini cukup berharga buatku. Padaku mereka sahajalah yang paling aku sayang sekali. Tapi bagaimana pula kalau mereka berdua tidak sehaluan, dan bagaimana caranya untuk aku mendekatkan jurang yang luas antara mereka?
Redup wajahmu ibu yang adakalanya tersenyum dengan keletahku sungguh tak kulupa biar diriku jsentiasa dimatamu. Walaupun aku kini sudah dewasa bisa membuat pilihan dan keputusan sendiri. Aku masih merindui jelingan manja dan gelak tawamu.
Namun setelah aku hampir menjadi hak kepada seorang lelaki yang bergelar suami, tiada lagi gelak tawamu. Jikalau ada sekalipun, tidak sekerap dulu. Antara aku dan ibu sebelum aku kami terlalu akrab. Kata abang sulungku. Aku dan ibu bagaikan watak 'Gilmore girl'. Sentiasa ceria dan bahagia.
Namun apakan daya,. Aku tidak sama sekali menyalahi sesiapa pun kerana aku faham akan naluri hatinya. Dan aku juga tidak menyalahkan ibuku kerana sikapnya tentu akan berubah setelah usianya bertambah. Dan tahap sensitifnya tentu akan bertambah.
Aku sebagai orang tengah cuba menyelindungkan yang kurang enak didengar dan menghebahkan perkara yang baik - baik sahaja pada mereka. Terasa diri ini masih belum cukup kuat untuk mengharungi dugaan ini. Ditengah malam yang sepi. Aku bangun untuk menemui-Nya. Aku mengadu mengenai masalah yang dihadapi. Ternyata Dia mendengar rintihanku. Syukur Alhamdulillah, sehingga kini aku masih mampu tersenyum walaupun bertimpa - timpa masalah melanda. Kerana aku tahu, tidak akan bernama manusia jika tidak dibebani masalah.

No comments:

Post a Comment