Tuesday, November 23, 2010



KENAPA aku merasa berkecil hati kepada seseorang? Aku dilahir sebagai manusia normal seharusnya punya rasa ini. Bukan namanya manusia kalau tidak pernah berkecil hati.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula yang aku yang bergelar status manusia. Makhluk yang dilimpahi dengan berencam rasa dan emosi. Antara rakan dan taulan, saudara-mara atau pun adik-beradik sudah tentunya lagi. Pokoknya di sini, mengapa mesti berkecil hati?
Jelasnya, tidak semua manusia mudah untuk berkecil hati. Ada orang begitu selamba sahaja walaupun ditimpa pelbagai cemuhan dan perkara yang menyakitkan hati.
Ada pula yang baru sahaja tidak diberikan perhatian, baru sahaja dipinggirkan oleh rakan sudah memuncungkan mulut sedepa, berkecil hati tidak sudah-sudah. Ya, mengkaji sejauh mana tahap perasaan manusia normal untuk berkecil hati ini memang menarik, walaupun kekadang itu terlalu sukar untuk ditafsirkan.
Ku pujuk hati ne, anggaplah bahawa setiap yang berlaku itu sekadar mainan hidup. Kalau susah sangat pun hendak menerimanya, anggap sahaja itu datangnya dari Allah. Bukankah Dia yang empunya alam ini. Kita cuma peminjamnya sahaja. Mengapa hendak cuba membentak setiap aturanNya?

No comments:

Post a Comment