Tuesday, November 23, 2010

si pemalas



Di sekolah, di tempat kerja, atau dalam mana-mana gerakan organisasi sekalipun, kita pasti menghadapi orang begini, Si Pemalas (kalau boleh kugelar begitu, agak kasar juga). Bagiku orang begini bukanlah berlaku jahat ataupun nakal. Mari kita pandang diri mereka ini dari sisi yang satu lagi, iaitu sisi putih. Semangat tidak berikan kerjasama dalam pasukan rupanya adalah datang dari sumber yang hebat, dijadikan oleh Sang Pencipta kepada dirinya yang unik.
Memang ada jenis insan yang cepat bosan dengan dan sukar fokus pada satu titik perhatian. Mereka juga suka menonjolkan diri dan berbicara, dan berpendapat dirinya memiliki kelebihan. Orang begini biasanya banyak bicara kerana ingin menutup kelemahan dirinya agar tidak kelihatan dikhlayak ramai agar kelihatan sempurna….Persoalannya sekarang, manusia yang suka bersendirian dan tidak serius dalam sesebuah pasukan, tidak layak hidup di dunia ini. Kerana sudah menjadi fitrah, Hawa diciptakan demi hidup berpasu kan dengan Adam. Mana mungkin di zaman batu dulu, manusia dapat hidup keseorangan di tengah-tengah hutan. Pasti akan dibaham hidupan buas. Begitu juga hidup di zaman ini.

No comments:

Post a Comment